• Utama
  • Perhutanan
  • Operasi Hutan
  • Penguatkuasaan

Penguatkuasaan Hutan

Fungsi Unit

Unit ini bertanggungjawab dalam pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti operasi dan penguatkuasaan hutan; memproses permohonan pengeluaran kayu balak dan lain-lain hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik serta permohonan Permit Penggunaan bagi menjalankan aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal; melaksanakan penguatkuasaan undang-undang hutan termasuk menjalankan penyiasatan dan pendakwaan kes-kes kesalahan hutan; mengumpul dan mengemaskinikan maklumat mengenai kesalahan hutan dan tindakan-tindakan yang telah diambil serta menilai keberkesanan sistem penguatkuasaan dan penentuan taksiran gantirugi dan kompaun ke atas kesalahan hutan. Bahagian Siasatan dan Pendakwaan diletakkan di bawah seliaan Unit Operasi dan Penguatkuasaan yang mana bahagian ini bertanggungjawab terhadap perlaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan hutan serta memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri bagi perkara-perkara berkaitan dengan aduan, pengumpulan maklumat dan siasatan mengenai kes-kes kesalahan hutan.



Terakhir dikemaskini: 14 Mac 2017

Hubungi Kami