• Utama
  • Perhutanan
  • Operasi Hutan
  • Perindustrian & Pengusahasilan

Perindustrian & Pengusahasilan

Fungsi Unit

Untuk memastikan industri perkayuan berkembang secara mampan dan mengikut prosedur perlesenan dengan Enakmen Industri Kayu (EIBK) dan Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu (KKIBK), mengurus pengeluaran lesen yang berkaitan dengan industri berasaskan kayu dan pengusahasilan hutan serta permit untuk menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal, mengemaskini daftar lesen dan memantau bilangan lesen yang dikeluarkan, menyediakan khidmat nasihat kepada industri dalam rekabentuk kilang, pemilihan jentera dan teknik memproses serta pengurusan perindustrian dan memantau perkembangan dan kemajuan penggunaan kayu serta pembangunan industri berasaskan kayu.


Objektif Unit:

  • Memastikan prosedur perlesenan bagi Industri Berasas Kayu di negeri Perak selaras dengan Enakmen Industri Berasa Kayu (EIBK) dan Kaedah-Kaedah Industri Kayu (KKIBK).
  • Bertanggungjawab terhadap pemantauan, perkembangan dan kemajuan Industri Berasas Kayu di Negeri Perak berlandaskan prosedur perlesenan.
  • Meningkatkan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasas keluaran utama hutan dan menggalakkan aktiviti jiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
  • Menyumbangkan kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri melalui penguatkuasaan caj-caj yang telah diwartakan.


Terakhir dikemaskini: 15 Julai 2014

Hubungi Kami