• Utama
  • Korporat
  • Latar Belakang Jabatan

Pengenalan Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Pada asasnya, pentadbiran perhutanan telah diwujudkan di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam tahun 1895, Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1895. Struktur pentadbiran ini diperlengkapkan pada tahun 1901 dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pemelihara Hutan (Deputy Conservator of Forest). Pada tahun 1947, pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah diperkemaskan lagi dengan penwujudan jawatan Pengarah Perhutanan Negeri.

Struktur organisasi Jabatan Perhutanan Negeri Perak terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Pembangunan Hutan dan Bahagian Operasi Hutan. Bagi melicinkan pentadbiran, Jabatan Perhutanan dibahagikan kepada lima(5) Daerah Pentadbiran Hutan yang setiap satunya diketuai oleh Pegawai Hutan Daerah (PHD). Di bawah setiap Pejabat Hutan Daerah ini pula terdapat beberapa Renj. Hutan.

Pentadbiran JPNPk dibahagikan kepada lima (5) Daerah Pentadbiran Hutan yang masing-masing dipecahkan kepada beberapa Renj.

i) Hulu Perak - Pengkalan Hulu, Gerik I, Gerik II,Lenggong & Lawin

ii) Larut & Matang -Taiping, Kuala Sepetang, Sg. Kerang, Sg. Sega & Kuala Trong.

iii) Kuala Kangsar - Simpang Lawin, Manong, Kuala, Sg. Siput & Lasah

iv) Kinta/Manjung - Batu Gajah (Utara), Batu Gajah (Selatan) & Beruas

v) Perak Selatan - Bidor & Slim River


Terakhir dikemaskini: 14 Januari 2021

Hubungi Kami