• Utama
  • Korporat
  • Visi, Misi dan Objektif

Visi, Misi & Objektif

Wawasan

  • Menjadi agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan.

Misi

  • Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Objektif

Sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan hutan berkekalan yang menjurus ke arah wawasan dan misi diperingkat negara, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menetapkan objektif seperti berikut:-

  • Untuk menguruskan sumber hutan secara berkekalan bagi pengeluaran hasil yang berkekalan dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum dan bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
  • Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
  • Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan.
  • Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air, tanah dan penggunaannya secara berkekalan.
  • Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemerosesan berasaskan keluaran hutan serta menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
  • Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan. Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
  • Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan Negeri, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.


Terakhir dikemaskini: 15 Julai 2014

Hubungi Kami