• Utama
  • Korporat
  • Strategi Jabatan

Strategi Jabatan

• Strategi Pengurusan Sumber Hutan

Memperkukuhkan kedudukan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan merumuskan Rancanngan Pengurusan Hutan Negeri dan Rancangan Kerja Hutan Daerah untuk jangka masa panjang serta melaksanakan tugas pengurusan sumber hutansecara teratur dan intensif.

• Strategi Pengusahasilan Sumber Hutan

Melaksanakan operasi pengusahasilan hutan mengikut Sistem Pengurusan Memilih (SMS) secara sistematik dan terkawal demi untuk mengurangkan kerosakan terhadap dirian tinggal serta anak-anak benih dan mengawal keseimbangan ekologi serta kestabilan alam sekitar dengan melaksanakan pengusahasilan hutan mengikut Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang telah ditetapkan.

• Strategi Pembangunan Sumber Hutan

Melaksanakan kerja-kerja pemulihan hutan asli secara teratur menerusi rawatan silvikultur kearah mencapai produktiviti hutan yang maksimum dengan mempergiatkan usaha-usaha menghutan semula kawasan-kawasan hutan simpan yang kurang produktif, tanah-tanah kerajaan yang terbiar dan tanah-tanah agensi kerajaan atau individu yang terbiar.

• Strategi Pembangunan Industri Kayu Kayan

Mengawal selia perjalanan industri-industri berasakan kayu kearah mempertingkatkan mutu pengeluaran dan menggalakkan pertumbuhan industri berasaskan kayu secara hiliran disamping keluaran utama bagi meningkatkan nilai tambahankepada industri dan hasil negeri serta member nasihat teknikal dari masa ke semasa berdasarkan pembangunan teknologi moden dan canggih.

• Strategi Pemulihan Dan Rekreasi

Mengawal selia kawasan hutan secara insentif bagi kestabilan alam sekitar dan mengekalkan kepelbagaian hayat di dalam hutan-huutan asli serta mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi tanpa menjejaskan keasliannya.

• Strategi Pembangunan Dan Latihan

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan dan serantau kepada semua lapisan masyarakat kesedaran awam tentang peranan dan perkhidmatan Jabatan Perhutanan. Memberi segala bentuk nasihat teknikal berhubung dengan hutan dan fungsinya serta berkenaan dengan pokok dan peranannya. Meningkatkan kecekapan kakitangan menerusi programprogram latihan, kursus dan seminar untuk member pendedahan asas profesionalisme perhutanan di kalangan pegawai-pegawai hutan mengikut peredaran masa.

• Strategi Penguatkuasaan Undang-Undang

Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan hutan secara berkesan dan intensif berdasarkan Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985, Enakmen Industri Berasaskan kayu 1987, Kaedah-kaedah HUtan 1988 dan Kaedah Industri Berasaskan Kayu 1990 serta melengkapkan pasukan atau unit penguatkuasaan dengan alat-alat kemudahan dan kemahirandi dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan.



Terakhir dikemaskini: 15 Julai 2014

Hubungi Kami