• Utama
  • Perhutanan
  • Sumber Hutan
  • Jenis Sumber Hutan

Sumber Hutan

SUMBER HUTAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Keluasan tanah Negeri Perak adalah 2,087,573.28 hektar yang mempunyai keindahan alam semula jadi seperti hutan, gunung, tasik, gua batu kapur dan keunikan budayanya. Kesemua khazanah berharga ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kelangsungan ekosistem alam yang amat berkait rapat dengan pembangunan sosioekonomi negara. Secara keseluruhannya jumlah kawasan berhutan di Negeri Perak sehingga 30 September 2024 adalah seluas 1,027,027.54 hektar di mana seluas 988,722.22 hektar merupakan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terletak dalam lima (5) pentadbiran Pejabat Hutan Daerah. Daripada keluasan HSK tersebut, seluas 946,124.81 hektar adalah merupakan Hutan Darat termasuk Ladang Hutan seluas 6,905.00 hektar. Selain itu, seluas 42,597.41 hektar adalah Hutan Paya Laut. Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan keluasan kawasan HSK bagi Negeri Perak adalah 47.36 peratus daripada jumlah keluasan Negeri.

 



Terakhir dikemaskini: 12 Oktober 2024

Hubungi Kami