DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Adalah menjadi dasar Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Pejabat Hutan Daerah untuk menyediakan pesekitaran kerja yang selamat dan sihat setakat yang mampu untuk semua kakitangan jabatan dan orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
Pihak pengurusan dan kakitangan jabatan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai rundingan dan kerjasama khususnya:
  • Untuk memastikan semua kakitangan jabatan adalah diberikan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada keselamatan dan kesihatan;
  • Untuk merekod dan melaporkan semua kemalangan, penyakit , keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah pencegahan agar kejadian tersebut tidak berulang lagi;
  • Untuk mematuhi kehendak perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan dan tata amalan yang diluluskan;
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi semua kakitangan; dan
  • Untuk mengkaji semula dasar jika perlu.
Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita dan penggunaan cara kerja yang selamat dan sihat adalah faktor utama kearah memastikan kejayaan kita.
Untuk memastikan objektif di atas tercapai, satu Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan telah ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti –aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang dirancang.

poster jkkp




Terakhir dikemaskini: 16 November 2020

Hubungi Kami