Permohonan & Pendaftaran Tukul Besi Di Jabatan Perhutanan Negeri Perak

  SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR PEMBALAKAN (TUKUL BESI) JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 

Adalah dimaklumkan bahawa kepada pemohon yang ingin memohon / mendaftar Tukul Besi Baru perlu mengisi Borang Permohonan Tukul Besi yang diedarkan secara percuma dengan memuat turun pautan di bawah atau mengambil borang di Seksyen Perindustrian & Pengusahasilan. Pemohon juga perlu mematuhi syarat-syarat tambahan bagi Permohonan Tukul Besi Baru dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan mengikut

senarai semak seperti dibawah :

1) Syarat-syarat Tambahan Permohonan Tukul Besi Baru

  • Alamat di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan;
  • Syarikat mestilah Syarikat Sendirian Berhad atau setaraf;
  • Modal hendaklah sekurang-kurangnya RM100,000.00;
  • Penyata akaun mestilah mempunyai RM5,000.00 ke atas;
  • Syarikat mestilah mempunyai kaitan dalam bidang perhutanan / pembalakan; dan
  • Syarikat juga mesti mempunyai pekerja dan peralatan jentera (perlu dinyatakan jentera yang ada samada milik sendiri / sewaan).


2) Senarai Semak Permohonan Sebagai Kontraktor Pembalakan (Pendaftaran Tukul Besi)

BIL.

DOKUMEN

1.     

Pemohon hendaklah berstatus Warganegara Malaysia

2.     

Borang permohonan

(boleh dimuat turun dalam laman web
Borang Permohonan; (muat turun borang permohonan disini))

3.     

Gambar pemohon berukuran passport.

4.     

Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan

5.     

Salinan perakuan pendaftaran, salinan maklumat perniagaan dan salinan maklumat pemilik masa kini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang disahkan.

6.     

Senarai anggota Lembaga Koperasi/Pertubuhan/Yayasan yang telah disahkan (semua ahli berstatus Warganegera Malaysia sahaja)

7.     

Maklumat lain berkaitan Syarikat/Koperasi/Pertubuhan/Yayasan

      i.        Maklumat syarikat

    ii.        Maklumat pengarah dan pegawai

   iii.        Maklumat pemegang syer

   iv.        Maklumat modal

(sekurang-kurangnya RM 100,000.00 dan ke atas)

    v.        Ringkasan penyata kewangan

   vi.        Jenis perniagaan berkaitan dengan bidang perhutanan/pembalakan atau lain-lain yang bersesuaian.

 vii.        Alamat Syarikat/Koperasi/Pertubuhan/Yayasan perlulah di Negeri Perak

8.     

Penyata akaun bank terkini mengikut tahun semasa (dua bulan berturut-turut) berjumlah sekurang-kurangnya RM5,000.00

9.     

Perakuan pemilikan jentera atau peralatan bagi kerja-kerja pengusahasilan

      i.       Milik sendiri (perlu disertakan salinan geran pemilikan bagi setiap jentera); atau

    ii.        Dokumen sewaan (perjanjian / surat kebenaran sewaan dari agensi/syarikat sewaan atau lain-lain berkaitan)

 Nota:

  1. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan; dan
  2. Hanya syarikat berstatus Sendirian Berhad sahaja yang layak memohon (jenis perniagaan pemilikan tunggal tidak layak memohon)


3) Senarai Semak Bagi Sijil Tukul Besi Yang Hilang

  • Laporan Polis;
  • Surat akuan sumpah semua Ahli Lembaga Pengarah bagi yang berkenaan (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
  • Profil status syarikat terkini;
    • Maklumat syarikat;
    • Maklumat Pengarah & Pegawai;
    • Maklumat Pemegang Syer; dan
    • Ringkasan Penyata Kewangan (bagi Syarikat Sendirian Berhad (SSM).
  • Senarai Ahli Lembaga Pengarah bagi Koperasi / Yayasan / Pertubuhan;
  • Buku Akta Syarikat (MAA);
  • Undang-undang Kecil Koperasi / Buku Perlembagaan Pertubuhan;
  • Bayaran proses Sijil Baru RM100.00 atau kadar yang berkuatkuasa;
  • Bayaran pembaharuan RM500.00 atau kadar yang berkuatkuasa berserta tunggakan (jika ada) perlu dijelaskan dalam bentuk bank draf atas nama "BENDAHARI NEGERI PERAK" atau bayaran secara debit; dan
  • Cop syarikat dan cop tukul besi (rubber stamp).

 

Terakhir dikemaskini:   8 Mac 2024



Terakhir dikemaskini: 26 September 2024

Hubungi Kami