Analisa Petak Kajian Tumbesaran (Growth Plot)
Petak Kajian Tumbesaran di Hutan Simpanan Kekal (HSK) ini mula ditubuhkan pada tahun 1992 dengan tujuan untuk menilai keupayaan pemulihan dan potensi pengeluaran hutan yang telah menjalani pengusahasilan. Kajian ini merangkumi maklumat stok dirian, luas pangkal dan isipadu pokok sehektar; purata pertumbuhan diameter pokok tahunan; purata pertumbuhan luas pangkal dan isipadu pokok tahunan sehektar serta peratus kematian dan penambahan pokok tahunan. Reka bentuk Petak Kajian Tumbesaran ini adalah berdasarkan reka bentuk bancian sebelum dan selepas tebangan yang digunapakai oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Setiap Petak Kajian Tumbesaran bersaiz 100m x 100m yang mengandungi 25 petak kuadrat bersaiz 20m x 20m dan sembilan (9) sub kuadrat bersaiz 10m x 10m. Data bancian dianalisis dengan menggunakan Growth Plot Data Analysis Programme yang telah dibangunkan oleh pihak German Agency for Technical Cooperation (GTZ).
Secara keseluruhannya, pertumbuhan diameter pokok tahunan yang berukuran 30 cm dari paras dada (DPD) dan ke atas adalah sebanyak 0.30 cm/tahun. Pertumbuhan diameter pokok tahunan tertinggi dicatatkan oleh Dipterokarpa iaitu dengan jumlah sebanyak 0.33 cm/tahun dan Bukan Dipterokarpa sebanyak 0.39 cm/tahun. Manakala pertumbuhan diameter pokok tahunan bagi Spesies-spesies Lain Tidak Berpasaran adalah sebanyak 0.19 cm/tahun.
Plot pertumbuhan di Negeri Perak telah dijalankan di lima (5) daerah hutan iaitu Daerah Kuala Kangsar, Daerah Larut & Matang, Daerah Tapah, Daerah Kinta / Manjung dan Daerah Hulu Perak. Di setiap daerah, sebanyak tiga (3) plot pertumbuhan ditubuhkan. Plot ini telah ditubuhkan berdasarkan ciri, iaitu yang berikut: (i) terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal;
LOKASI |
STATUS HUTAN |
TAHUN SETELAH DIBALAK |
STRATA PEMBALAKAN (TAHUN) |
Kompt. 11E - H.S Pondok Tanjung |
Baik |
66 |
> 51 |
Kompt. 39B - H.S Bubu |
Sederhana |
47 |
41-50 |
Kompt. 276 - H.S Bintang Hijau |
Baik |
47 |
41-50 |
Kompt. 51 -H.S Chikus |
Baik |
42 |
41-50 |
Kompt. S20B - H.S Bintang Hijau |
Miskin |
36 |
31-40 |
Kompt. 48 - H.S Kledang saiong |
Sederhana |
34 |
31-40 |
Kompt. 57 - H.S Bubu |
Miskin |
33 |
31-40 |
Kompt. 63 - H.S Ulu Bruas |
Miskin |
30 |
21-30 |
Kompt. 29 - H.S Kenderong |
Miskin |
28 |
21-30 |
Kompt. 22 - H.S Belukar Semang |
Baik |
28 |
21-30 |
Kompt. 235 - H.S Bintang Hijau |
Baik |
26 |
21-30 |
Kompt. 32 - H.S Bukit Slim |
Sederhana |
19 |
11-20 |
Kompt. S20B - H.S Bintang Hijau |
Miskin |
18 |
11-20 |
Kompt. 43 - H.S Papulut |
Sederhana |
13 |
11-20 |
Kompt. 38 - H.S Gunung Korbu |
Baik |
8 |
1-10 |