Perundangan
Strategi Penguatkuasaan Undang-undang
Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan hutan secara berkesan dan intensif berdasarkan Enakmen Akta Perhutanan Negara1984 (Pemakaian) 1985, Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987, Kaedah-kaedah Hutan 1988 dan Kaedah Industri Berasaskan Kayu 1990 serta melengkapkan pasukan atau unit penguatkuasaan dengan alat-alat kemudahan dan kemahiran didalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan.
Undang- undang
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah menerimapakai Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) berkuatkuasa mulai 19 November 1985 serta Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) (Akta A864) yang berkuatkuasa mulai 6 April 1994. Penerimaan-pakai akta-akta tersebut adalah melalui Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 dan Enakmen Perhutanan Negara (Penerimapakaian Pindaan) 1994. Pentadbiran , pengurusan, pembangunan dan pengawalan khazanah hutan di Negeri Perak Darul Ridzuan adalah dilaksanan dengan berpandukan kepada peruntukan undang-undang yang termaktub dalam kedua-dua enakmen ini dengan disokong oleh peraturan-peraturan yang terkandung dalam Kaedah-kaedah Hutan 1988 serta pindaan-pindaannya kemudian dari itu Jabatan Perhutanan Negeri juga bertanggungjawab untuk memaju dan mengawalselia industri pemprosesan berasaskan kayu-kayan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Tugas ini meliputi menyelaras, melesen dan mengawal aktiviti yang dijalankan berpandukan Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987 yang telah berkuatkuasa mulai 30 Julai 1987 serta Kaedah-kaedah Hutan (pindaan) 1998 yang berkuatkuasa mulai pada 1 Julai 1998.