• Utama
  • Perhutanan
  • Pembangunan
  • Peraturan Taman Eko-Rimba

Peraturan Taman Eko-Rimba

Peraturan
Di larang sama sekali kegiatan pugut (Vandalisme), merosak, memusnah tumbuh-tumbuhan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kawasan hutan lipur;

  • Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.
  • Hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan kawasan hutan lipur.
  • Penggunaan api hendaklah diberi pengawasan supaya tidak berlaku kebakaran atau memusnahkan kawasan hutan lipur
  • Aktiviti-aktiviti mendaki, memancing, menduduki chalet/log-cabin dan berkhemah perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pengurusan.


Peringatan
Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kejadian yang berlaku di atas diri dan hartabenda para pengunjung semasa berada di dalam kawasan hutan lipur.

Denda
Gunakan tong-tong sampah yang telah disediakan. Pembuangan sampah-sarap secara mengganggu(merata-rata) merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 83 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993)tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 83 (2), Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Mengambil hasil-hasil hutan dari kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu) dan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun [Seksyen 15 (2), Akta Perhutanan Negera 1984 (Pindaan 1993).

Menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh/menoreh mana-mana pokok; atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia; Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 81(2)(b), Akta Perhutanan Negara 1994 (Pindaan 1993).

Menyalakan, menyimpan, membawa atau membiarkan api menyala dalam kawasan hutan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu. [Seksyen 82 (2), Akta Perhutanan Nagara 1984(Pindaan 1993).

Panduan Keselamatan Air Terjun/Sungai/Tasik/Kolam

  • Pengguna dinasihat membaca dan patuh kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat penggunaan di papan tanda sebelum memasuki kawasan hutan lipur ini.
  • Seseorang yang tidak sihat atau berpenyakit adalah dilarang dari memasuki kolam renang.
  • Tiap-tiap perenang mesti patuh kepada penyelamat nyawa (life guard) atau mana-mana pegawai yang bertugas.
  • Semua perenang mesti memakai pakaian renang yang dibenarkan dan sesuai.
  • Perbuatan seperti bergurau secara kasar atau terjun sesuka hati adalah dilarang semasa berada di kawasan Kawasan Air Terjun/ Sungai/Tasik/ Kolam.
  • Untuk tujuan keselamatan, perenang adalah dinasihat keluar dari kawasan Air Terjun/ Sungai/Tasik/ Kolam semasa hujan dan ribut petir.
  • Adalah dinasihatkan perenang tidak memakai jam tangan atau sebarang bentuk perhiasan semasa berenang.
  • Makan dan minum tidak dibenar di sekitar kawasan Air Terjun/ Sungai/Tasik/ Kolam.
  • Pengguna dilarang meludah di dalam kawasan Air Terjun/ Sungai/Tasik/ Kolam dan lain-lain perkara yang boleh mencemarkan kebersihan kawasan.
  • Pada bila-bila masa, pegawai yang bertugas adalah berhak menegah perenang dari berenang dan meminta mereka keluar daripada kawasan Air Terjun/ Sungai/Tasik/ Kolam.
  • Tiap-tiap perenang adalah berenang di atas risiko mereka sendiri.
  • Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku pada perenang.
  • Untuk tujuan melaksanakan peraturan di atas, kawasan Air Terjun/ Sungai/Tasik/ Kolam dalam kawasan Hutan Lipur ditakrifkan sebagai lingkaran kawasan seluas 4 meter disekelilingnya.


Terakhir dikemaskini: 14 Mac 2017

Hubungi Kami