Kesalahan Hutan
Mengikut Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985:
* Denda maksima RM 500,000.00 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Seksyen 15 – Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah Seksyen 40 – Memindahkan Hasil Hutan tanpa Pas Memindah daripada Tanah Berimilik, TOL, Lombong dan Tanah Rizab.
Seksyen 86 – Memalsukan atau merosakkan, atau Memiliki alat bagi tujuan pemalsuan, tanda pada pokok dan balak dan mengubah sempadan
* Denda maksima RM 50,000.00 dan/atau dipenjarakan maksima 5 tahun
(Termasuk kesalahan seperti pekerjaan yang menyalahi undang-undang atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal; Memindahkan hasil hutan tidak pada tempat dan waktu yang ditetapkan; Mengambil atau mengutip sebarang hasil hutan termasuk rotan, buah-buahan, tumbuhan herba, mineral; dan membuang atau melupuskan sebarang bahan buangan; Larangan membakar dan menghalang pegawai dari menjalankan tugas atau enggan memberi kerjasama).
Seperti dalam Seksyen 32, 66, 67, 68, 69, 81(1)(b), 81(1)(c), 82(1), 84, 85, 87, 92, 96, 97, 98 & 100
* Denda maksima RM 10,000.00 dan/atau dipenjarakan maksima 3 tahun
Kesalahan termasuk memasuki Hutan Simpanan Kekal; penggunaan jalan hutan, melepaskan ternakan; membenarkan ternakan meragut. Mencari, mengambil atau memindah apa-apa hasil hutan atau mineral; membersih atau membajak tanah dengan tujuan pertanian atau maksud lain; Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan bagi maksud menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak)
Seperti dalam Seksyen 47, 50(4), 81(1)(a), 81(1)(d), 81(1)(e), 81(1)(f) & 83