Sumber Hutan Negeri Perak
Secara keseluruhannya, sehingga 31 Disember 2025 keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Perak adalah seluas 988,723.93 hektar yang terdiri daripada Hutan Darat seluas 945,608.13 hektar dan Hutan Paya Laut seluas 43,115.80 hektar. Selain itu, cadangan Hutan Simpanan Kekal (CHSK) di Negeri Perak adalah seluas 1,824.88 hektar. Kawasan pentadbiran hutan di Negeri Perak melibatkan lima (5) Pejabat Hutan Daerah iaitu Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak, Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang, Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung dan Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan. Keluasan Pembangunan Ladang Hutan adalah seluas 8,184.00 hektar.
