• Utama
  • Perhutanan
  • Sumber Hutan
  • Jenis Sumber Hutan

Sumber Hutan

Secara keseluruhannya jumlah kawasan berhutan di Negeri Perak ialah 1,025,501.92 hektar di mana seluas 988,821.98 hektar merupakan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang terdiri daripada Hutan Darat seluas 946,224.57 hektar dan Hutan Paya Laut seluas 42,597.41 hektar. Selain itu, cadangan Hutan Simpanan Kekal (CHSK) di Negeri Perak adalah seluas 1,644.08 hektar. Kawasan pentadbiran hutan di Negeri Perak melibatkan lima (5) Pejabat Hutan Daerah iaitu Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak, Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang, Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung dan Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan. Keluasan Pembangunan Ladang Hutan adalah seluas 9,278.00 hektar.



Last Updated: 18 May 2024

Hubungi Kami