• Utama
  • Perhutanan
  • Sumber Hutan
  • Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR)

Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR)

Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR) telah mula ditubuhkan sejak tahun 1950. VJR merupakan kawasan hutan dalam HSK yang tidak diganggu dan padat dengan tumbuhtumbuhan terutamanya hutan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dan disimpan khas untuk tujuan penyelidikan. Tujuan utama penubuhan VJR adalah untuk menggambarkan jenisjenis hutan yang terdapat di Semenanjung Malaysia (iaitu hutan paya laut, hutan paya gambut, hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas, hutan oak gunung dan hutan ericaceous-gunung), khususnya yang mempunyai ciri-ciri istimewa bagi tujuan saintifik, agar hutan-hutan ini dapat dipelihara dan diurus secara berkekalan. Fungsi dan peranan VJR adalah seperti berikut:
i. Sebagai arboretum untuk memelihara contoh semua jenis hutan yang diwakili termasuk flora dan fauna yang terkandung di dalamnya;
 ii. Sebagai rangkaian kawasan penyelidikan perhutanan dan kawasan dirian biji benih;
 iii. Sebagai kawasan kawalan semula jadi untuk membandingkan isi hutan dengan kawasan yang telah dibalak dan keberkesanan kawasan yang telah dijalankan rawatan silvikultur;
 iv. Sebagai satu rangkaian petak sampel dan petak kajian seperti petak penyelidikan, petak fenologi, petak pokok besar dan petak ekologi, penyelidikan biologi hidupan liar, patologi tumbuhan, entomologi dan sebagainya; dan
 v. Sebagai kawasan pemeliharaan sumber genetik dan kepelbagaian biologi termasuk semua spesies tumbuh-tumbuhan, hidupan liar dan mikroorganisma yang tinggal di dalamnya.

Bagi menjamin pencapaian objektif-objektif penubuhannya, kawasan-kawasan VJR yang sedia ada perlu dikekalkan dan dipelihara melalui pelaksanaan sistem pengurusan secara optima. Keluasan kawasan VJR di Negeri Perak sehingga 31 Ogos 2026 adalah ± 6,525.18 hektar dengan sembilan belas (19) lokasi.


Last Updated: 25 September 2026