• Utama
  • Perhutanan
  • Sumber Hutan
  • MC&I SFM
  • Analisa Petak Kajian Tumbesaran (Growth Plot)

Analisa Petak Kajian Tumbesaran (Growth Plot)

PENGENALAN

Petak Kajian Tumbesaran di Hutan Simpanan Kekal (HSK) ini mula ditubuhkan pada tahun 1992 dengan tujuan untuk menilai keupayaan pemulihan dan potensi pengeluaran hutan yang telah menjalani pengusahasilan. Kajian ini merangkumi maklumat stok dirian, luas pangkal dan isipadu pokok sehektar; purata pertumbuhan diameter pokok tahunan; purata pertumbuhan luas pangkal dan isipadu pokok tahunan sehektar serta peratus kematian dan penambahan pokok tahunan. Reka bentuk Petak Kajian Tumbesaran ini adalah berdasarkan reka bentuk bancian sebelum dan selepas tebangan yang digunapakai oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Setiap Petak Kajian Tumbesaran bersaiz 100m x 100m yang mengandungi 25 petak kuadrat bersaiz 20m x 20m dan sembilan (9) sub kuadrat bersaiz 10m x 10m. Data bancian dianalisis dengan menggunakan Growth Plot Data Analysis Programme yang telah dibangunkan oleh pihak German Agency for Technical Cooperation (GTZ).

Secara keseluruhannya, pertumbuhan diameter pokok tahunan yang berukuran 30 cm dari paras dada (DPD) dan ke atas adalah sebanyak 0.30 cm/tahun. Pertumbuhan diameter pokok tahunan tertinggi dicatatkan oleh Dipterokarpa iaitu dengan jumlah sebanyak 0.33 cm/tahun dan Bukan Dipterokarpa sebanyak 0.39 cm/tahun. Manakala pertumbuhan diameter pokok tahunan bagi Spesies-spesies Lain Tidak Berpasaran adalah sebanyak 0.19 cm/tahun.

Plot pertumbuhan di Negeri Perak telah dijalankan di lima (5) daerah hutan iaitu Daerah Kuala Kangsar, Daerah Larut & Matang, Daerah Tapah, Daerah Kinta / Manjung dan Daerah Hulu Perak. Di setiap daerah, sebanyak tiga (3) plot pertumbuhan ditubuhkan. Plot ini telah ditubuhkan berdasarkan ciri, iaitu yang berikut: (i)     terletak di dalam Hutan Simpanan Kekal;

(ii)       beberapa tahun selepas pembalakan; dan
(iii)      maklumat yang ada di Pre-F dan Post-F untuk tujuan penyimpanan dan perbandingan.

Maklumat latar belakang Petak KajianTumbesaran di Negeri Perak sehingga tahun 2021 adalah seperti di Jadual 1.



LOKASI

STATUS HUTAN

TAHUN SETELAH DIBALAK

STRATA PEMBALAKAN (TAHUN)

Kompt. 11E - H.S Pondok Tanjung

Baik

66

> 51

Kompt. 39B - H.S Bubu

Sederhana

47

41-50

Kompt. 276 - H.S Bintang Hijau

Baik

47

41-50

Kompt. 51 -H.S Chikus

Baik

42

41-50

Kompt. S20B - H.S Bintang Hijau

Miskin

36

31-40

Kompt. 48 - H.S Kledang saiong

Sederhana

34

31-40

Kompt. 57 - H.S Bubu

Miskin

33

31-40

Kompt. 63 - H.S Ulu Bruas

Miskin

30

21-30

Kompt. 29 - H.S Kenderong

Miskin

28

21-30

Kompt. 22 - H.S Belukar Semang

Baik

28

21-30

Kompt. 235 - H.S Bintang Hijau

Baik

26

21-30

Kompt. 32 - H.S Bukit Slim

Sederhana

19

11-20

Kompt. S20B - H.S Bintang Hijau

Miskin

18

11-20

Kompt. 43 - H.S Papulut

Sederhana

13

11-20

Kompt. 38 - H.S Gunung Korbu

Baik

8

1-10




Last Updated: 20 October 2022

Hubungi Kami