Pengurusan Kebakaran Hutan
Pengurusan kebakaran hutan di negeri Perak bertujuan untuk melindungi ekosistem hutan daripada kerosakan akibat kebakaran serta memastikan kelestarian sumber hutan untuk generasi akan datang. Objektif utama pengurusan ini adalah untuk mengurangkan risiko kejadian kebakaran, melindungi biodiversiti dan habitat semula jadi, serta menjamin keselamatan kawasan HSK dan komuniti berhampiran. Melalui pendekatan yang sistematik dan berasaskan sains, pengurusan kebakaran hutan menjadi komponen penting dalam pelaksanaan pengurusan hutan secara mampan. Matlamat pengurusan kebakaran hutan di Perak adalah untuk mewujudkan sistem yang responsif dan berkesan dalam menghadapi ancaman kebakaran. Pengurusan ini termasuk memperkukuh kapasiti Jabatan dan komuniti setempat melalui latihan, penyediaan peralatan, serta pembangunan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas. Matlamat ini juga merangkumi usaha meningkatkan keberkesanan pemantauan dan pemadaman kebakaran melalui penggunaan teknologi seperti sistem satelit dan pemetaan titik panas. Strategi pengurusan kebakaran hutan di Perak merangkumi lima komponen utama:
Pendekatan ini membolehkan negeri Perak menangani kebakaran hutan secara lebih berkesan, sambil memperkukuh daya tahan ekosistem dan komuniti terhadap risiko kebakaran yang semakin meningkat akibat perubahan iklim dan aktiviti manusia.
Trend Kebakaran Hutan di negeri Perak
Dalam tempoh lima tahun yang lalu, negeri Perak telah mengalami beberapa kebakaran hutan, dengan insiden ketara berlaku pada 2019 dan 2020. Kebakaran ini didorong terutamanya oleh musim kemarau yang berpanjangan dan suhu tinggi, yang mewujudkan keadaan ideal untuk kebakaran hutan. Satu daripada kebakaran paling ketara berlaku pada Mac 2019, menjejaskan hutan simpan di daerah hutan Kuala Kangsar. Kebakaran ini membakar beberapa hektar hutan dan menyebabkan kerosakan besar kepada ekosistem tempatan dan habitat hidupan liar. Kebakaran ini telah memberi kesan alam sekitar yang teruk, termasuk kehilangan biodiversiti dan pembebasan sejumlah besar karbon dioksida ke atmosfera, secara tidak langsung menyumbang kepada perubahan iklim. Selain itu, kebakaran ini telah menimbulkan risiko kesihatan kepada komuniti berhampiran akibat asap dan jerebu yang dihasilkan, yang membawa kepada masalah pernafasan dan masalah kesihatan lain. Pada awal tahun 2024, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 22 titik panas susulan fenomena el Nino yang berlaku pada April 2024. Terdapat 22 lokasi titik panas kebakaran hutan di Perak yang melibatkan empat zon iaitu Ipoh (2), Taiping (14), Manjung (5) dan Tapah (1). Lokasi yang berpontensi berlaku kebakaran sepanjang musim panas dan kering itu termasuklah kawasan hutan serta belukar. Usaha untuk memerangi kebakaran ini termasuk peningkatan pemantauan dan strategi tindak balas pantas oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kempen kesedaran awam juga telah dilancarkan untuk mendidik penduduk tentang pencegahan kebakaran dan kepentingan memelihara kawasan hutan. Namun begitu, berulangnya kebakaran hutan menyerlahkan keperluan untuk amalan pengurusan hutan yang lebih mantap dan mampan untuk mengurangkan risiko masa depan.
Kejadian kebakaran hutan di Perak secara amnya adalah rendah dan terkawal, berbanding negeri-negeri lain. Namun, terdapat beberapa insiden yang signifikan terutama semasa musim kemarau dan fenomena el Niño. Punca utama kebakaran termasuk pembakaran terbuka secara haram, aktiviti pertanian tepi hutan, dan cuaca panas berpanjangan. Kawasan berisiko tinggi termasuk HS Kledang Saiong, HS Piah, dan kawasan berhampiran sempadan ladang kelapa sawit dan getah.
Jadual Insiden Kebakaran Hutan Di Negeri Perak Dari Tahun 2013 hingga 2025

Tahun paling kritikal kebakaran hutan di negeri Perak adalah pada tahun 2021, yang mencatatkan bilangan insiden tertinggi sebanyak sembilan kejadian serta keluasan kawasan terjejas terbesar iaitu 81 ha. Secara keseluruhan, trend kebakaran hutan di Perak menunjukkan pola fluktuasi dari setahun ke setahun, dengan peningkatan ketara semasa musim panas yang melampau dan fenomena el Niño yang mengeringkan tanah serta meningkatkan risiko kebakaran. Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes kebakaran termasuklah cuaca panas dan musim kemarau yang menyebabkan tanah serta bahan organik menjadi sangat mudah terbakar. Selain itu, amalan pembakaran terbuka yang masih berleluasa dalam sektor pertanian dan aktiviti pembersihan tanah turut menjadi pencetus utama. Pembangunan yang semakin menghampiri kawasan hutan juga meningkatkan risiko kebakaran merebak ke kawasan HSK dan hutan bukit, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan biodiversiti dan kestabilan ekosistem hutan di negeri ini.
Peralatan dan Infrastruktur Pencegahan Kebakaran Hutan
Sistem ForFIS yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah digunakan secara aktif dalam usaha pemantauan kebakaran hutan di negeri Perak. Melalui penggunaan satelit seperti NOAA dan MODIS, sistem ini berupaya mengesan titik panas secara berterusan dan mengenal pasti lokasi kebakaran secara masa nyata. Maklumat yang diperoleh daripada data satelit ini kemudiannya disalurkan kepada agensi berkaitan seperti jabatan perhutanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Majlis Keselamatan Negara bagi membolehkan tindakan segera dan bersepadu dilaksanakan.
Aktiviti Pengurusan Pencegahan dan Kawalan Kebakaran
Kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan Pelan Pengurusan Kebakaran Hutan (Total Forest Fire Management Plan – TFFMP) sebagai langkah pencegahan dan adaptasi terhadap risiko kebakaran hutan. Pelan ini merangkumi aktiviti rondaan berkala di kawasan berisiko, pemasangan papan tanda larangan pembakaran terbuka, serta penglibatan komuniti setempat dalam usaha kesedaran dan pemantauan. Beberapa kawasan HSK yang terjejas telah dikenal pasti sebagai zon pemulihan ekologi pascakebakaran. Usaha pemulihan ini melibatkan penanaman semula spesies asli dan pemantauan karbon tanah bagi memastikan keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan serta menyokong objektif mitigasi iklim secara berterusan.
i Penubuhan Pasukan Penyelamat Perhutanan – JPNPk
Pasukan Penyelamat Perhutanan atau nama asalnya Pasukan Semut Merah ditubuhkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak sebagai unit khas yang bertindak pantas dalam menangani insiden kebakaran hutan. Nama “Semut Merah” melambangkan ketangkasan, kerjasama dan kecekapan anggota dalam operasi pemadaman dan pemantauan kebakaran. Pasukan ini terdiri daripada anggota terlatih yang dikerahkan ke lokasi berisiko tinggi, terutamanya semasa musim panas dan kemarau. Mereka dilengkapi dengan peralatan pemadaman mudah alih, kenderaan pacuan empat roda, dan sistem komunikasi lapangan. Penubuhan pasukan ini juga bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan Jabatan dalam menghadapi lonjakan kes kebakaran terbuka yang semakin membimbangkan di Perak. Pasukan Semut Merah telah dijenamakan semula pada tahun 2025.
ii. Menara Tinjau Kebakaran di Hutan Simpan Chikus
Menara tinjau kebakaran dibina di HS Chikus sebagai sebahagian daripada strategi pemantauan awal kebakaran. Struktur ini membolehkan anggota perhutanan melakukan tinjauan visual terhadap kawasan hutan yang luas, terutamanya semasa cuaca panas dan berisiko tinggi. Menara ini juga berfungsi sebagai pos kawalan sementara semasa operasi pemadaman dijalankan di kawasan sekitar. Menara ini dilengkapi dengan:
• Teropong jarak jauh dan kamera pengawasan untuk pengesanan asap atau titik panas;
• Sistem komunikasi radio untuk melaporkan insiden secara langsung ke pusat operasi; dan
• Peralatan pemadaman asas seperti pam air mudah alih, hos gegelung, dan alat pemadam api.
Pembinaan Telaga Tiub Dan Helipad Bagi Tujuan Kawalan Kebakaran
Pada Ogos 2025, Perak mencatat sejarah sebagai negeri pertama di Semenanjung Malaysia yang membina helipad dalam kawasan HSK. Helipad ini terletak di HS Kenderong, Hulu Perak, dan dibangunkan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Lokasi ini dipilih berdasarkan:
• Kedudukan geografi yang terpencil dan sukar diakses melalui darat, menjadikannya sesuai untuk pendaratan helikopter semasa operasi pemadaman;
• Kehadiran telaga tiub berhampiran, yang membekalkan sumber air berterusan untuk operasi pemadaman dan pengisian tangki helikopter; dan
• Kawasan takungan air semula jadi yang boleh dimanfaatkan sebagai kolam simpanan sementara.
Kemudahan ini meningkatkan kecekapan respons terhadap kebakaran hutan dan menjadi model rujukan bagi negeri lain.
| 1. | Pemantauan dan pengesanan awal menggunakan sistem satelit seperti ForFIS oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), serta rondaan berkala di kawasan berisiko tinggi; |
| 2. | Kesiapsiagaan operasi melalui penubuhan pasukan pemadam kebakaran hutan di peringkat daerah dan penyediaan kemudahan sokongan seperti telaga air dan helipad; |
| 3. | Pendidikan dan kesedaran komuniti melalui kempen larangan pembakaran terbuka dan latihan pengesanan awal; |
| 4. | Kerjasama antara agensi seperti Jabatan Bomba, NADMA, dan pihak berkuasa tempatan untuk koordinasi operasi pemadaman;dan |
| 5. | Pemulihan kawasan terjejas melalui penanaman semula spesies tempatan dan pemantauan berkala terhadap kawasan yang telah terbakar. |