Komposisi Dan Perubahan Yang Diperhatikan Pada Flora Di Negeri Perak
| i |
Kepelbagaian Spesies |
| |
Di Semenanjung Malaysia, sebanyak 8,300 spesies tumbuhan vaskular (iaitu sekutu paku-pakis, paku pakis, gimnosperma dan angiosperma) telah direkodkan. Sebanyak 5,342 spesies tumbuhan vaskular direkodkan di negeri Perak. Berikut adalah ringkasan bilangan tumbuhan vaskular yang direkodkan di Perak: |
| Kategori |
Bilangan |
| Famili |
246 |
| Genus |
1,406 |
| Spesies |
5,342 |
| Taksa |
5,738 |
| ii |
Spesies Endemik |
| |
Sebanyak 1,171 taksa merupakan spesies endemik Malaysia. Sebanyak 314 spesies (28.5%; atau 334 taksa) merupakan tumbuhan vaskular yang endemik kepada negeri Perak sahaja (Jadual 3.4.3) dan kumpulan tumbuhan ini amat penting untuk dipelihara bagi memastikan kelangsungan spesies-spesies ini. Ringkasan bilangan tumbuhan vaskular yang endemik kepada Perak sahaja. |
| Kategori |
Bilangan |
| Famili |
54 |
| Genus |
151 |
| Spesies |
314 |
| Taksa |
334 |
Spesies endemik ini termasuk dua spesies endemik untuk Gunung Korbu iaitu Clethra symingtonii (Clethraceae) dan juga Gaultheria hirta (Ericaceae). Daripada keseluruhan flora endemik negeri Perak ini, 84 spesies merupakan pokok dengan jumlah tertinggi adalah daripada keluarga kelat, Myrtaceae dengan 13 spesies diikuti daripada keluarga medang dengan 10 spesies. Empat spesies daripada keluarga Dipterocarpaceae juga direkodkan sebagai endemik negeri Perak iaitu spesies Rubroshorea curtisii subsp. grandis (meranti seraya daun besar), Shorea lumutensis (balau putih), Vatica abdulrahmaniana (resak gajah) dan juga Vatica flavida (resak padi).
| iii |
Spesies Terancam |
| |
Sebanyak 275 spesies tergolong dalam kategori terancam yang terdiri daripada 38 spesies tergolong dalam kategori Amat Terancam (CR), 65 spesies dalam kategori Terancam (EN), 164 spesies dalam kategori Mudah Terancam (VU), dan lapan spesies adalah merupakan kategori Jarang Ditemui (RA) (Jadual 3.4.4). Daripada jumlah 275 spesies terancam ini, sebanyak 12 spesies adalah daripada kumpulan paku pakis, dua daripada kumpulan gimnosperma, 261 spesies daripada angiosperma dengan kumpulan dikotiledon sebanyak 238 spesies dan 23 spesies daripada kumpulan monokotiledon. Ringkasan kategori spesies terancam di Perak berdasarkan IUCN. |
| Kategori IUCN |
Bilangan Spesies |
| Amat Terancam (CR) |
38 |
| Terancam (EN) |
65 |
| Mudah Terancam (VU) |
164 |
| Jarang Ditemui (RA) |
8 |
Daripada 38 spesies yang Amat Terancam (CR), famili Begoniaceae dan Dipterocarpaceae adalah dua famili yang mempunyai spesies Amat Terancam di Perak, iaitu sebanyak 14 spesies atau 36.8% daripada famili Dipterocarpaceae manakala 6 spesies atau 15.8% daripada famili Begoniaceae.
Jadual Spesies Amat Terancam (CR) di Negeri Perak
 |
 |
| iv |
Flora Yang Menggunakan Nama Dan Tempat Di Negeri Perak |
| |
Terdapat 25 famili tumbuhan peringkat tinggi yang terdiri daripada 36 genus, 35 spesies dan 1 varieti telah dinamakan sempena nama negeri Perak. Manakala, 17 famili dengan 27 nama spesies telah menjadi sinonim. Nama epitet yang digunakan adalah perakensis dan perakense. Bagi epitet tempat-tempat di negeri Perak terdapat 7 famili dan 8 spesies, manakala 3 famili dengan 4 spesies telah manjadi sinonim. Epitet ini mengambil nama sempena Bukit Maxwell (Bukit Larut), Pulau Pangkor, Taiping, Larut, Gunung Korbu, Belum, Lumut dan Chikus. Senarai spesies yang menggunakan epitet negeri Perak dan epitet tempat-tempat di negeri Perak adalah seperti berikut: |
Jadual Spesies yang menggunakan nama dan tempat di Negeri Perak