Kadar Tumbesaran, Regenerasi Dan Keadaan Hutan
Bagi tujuan penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) Perak 2026 - 2035, satu inventori sumber hutan telah dilaksanakan bertujuan untuk mengemaskinikan maklumat sumber bagi kawasan HSK, dengan tumpuan kepada hutan pengeluaran pamah dan bukit di negeri Perak. Inventori ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas sumber kayu-kayan mengikut strata hutan pengeluaran. Pensampelan berukuran 50m x 50m telah dibangunkan di HSK negeri Perak yang telah dipilih secara rawak mengikut empat strata hutan, iaitu:
Penelitian lanjut berkaitan sumber kayu-kayan bagi hutan dibalak > 30 tahun (iaitu hutan yang telah lengkap pusingan tebangan dan berpotensi untuk diusaha hasil dalam tempoh 2026 hingga 2035 mendapati perkara-perkara seperti berikut:
Maklumat Tumbesaran
Maklumat tumbesaran pokok adalah sangat penting memandangkan maklumat ini akan menentukan jumlah kandungan isi hutan yang boleh dikeluarkan dan tempoh hutan perlu ditinggal sebelum pusingan tebangan seterusnya. Konsep penghasilan yang berkekalan memberi gambaran bahawa sebarang hasil dalam bentuk isi padu kayu yang dikeluarkan perlu digantikan dengan tumbesaran sama ada secara semula jadi atau dengan bantuan manusia melalui rawatan silvikultur seperti penjarangan dan penanaman. Bagi memantau tumbesaran pokok, Petak bersaiz 100 m x 100 m ini telah ditubuhkan seawal tahun 1992 bertujuan untuk menilai keupayaan pemulihan dan potensi pengeluaran hutan yang telah diusaha hasil merangkumi aspek kandungan stok dirian, purata tumbesaran, kadar penokokan dan kadar kematian. Bancian dilaksanakan setiap dua tahun dan data telah dianalisis menggunakan Growth Plot Data Analysis Programme yang telah dibangunkan oleh German Agency for Technical Cooperation (GTZ) pada tahun 1990. Hasil dapatan boleh dirujuk kepada Laporan Analisis Petak Kajian Tumbesaran di Hutan Simpanan Kekal Semenanjung Malaysia (Edisi Ke 2), JPSM. Perak juga mempunyai 6 petak kajian tumbesaran dan pengeluaran bersaiz 100 m x 100 m setiap satu yang terletak di dalam kompartmen 200 dan 202, Hutan Simpan Kledang Saiong. Tujuan utama penubuhan petak kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan, tempoh masa pemulihan serta potensi tumbesaran bawah pelbagai rejim pengurusan secara semula jadi. Sehingga tahun 2000, petak kajian ini telah dibanci sebanyak 11 kali bermula penubuhannya pada 1998. Had batas tebangan (yang juga merujuk kepada rawatan/rejim pengurusan) bagi petak yang telah dibalak pada tahun 1997 ini adalah tebangan semua pokok dipterokap bersaiz > 50 cm dbh dan pokok bukan dipterokap bersaiz > 45 cm dbh. Keputusan analisis boleh dirujuk di dalam Laporan Kajian Tumbesaran dan Pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia (Tahun 1974-2020), JPSM.
Jadual Perbandingan Purata Tumbesaran Pokok, Kadar Penokokan dan Kadar Kematian SMS dan Laporan Analisis Petak Kajian Tumbesaran di Semenanjung Malaysia

Sumber Bukan Kayu
Inventori sumber bukan kayu IHN-6 hanya melibatkan spesies-spesies tertentu sahaja iaitu:-
Rotan (Calamus spp.) – Merangkumi beberapa spesies utama seperti Rotan Manau (Calamus manan), Rotan Manau Tikus (Calamus caesius), Rotan Dok (Daemonorops angustifolia), Rotan Dahan (Calamus scipionum), Rotan Sega (Calamus erectus), Rotan Semambu (Calamus semang) dan Rotan Lipan (Daemonorops draco). Spesies-spesies ini tergolong dalam keluarga Arecaceae dan merupakan sumber hasil hutan bukan kayu yang penting, digunakan secara meluas dalam pembuatan perabot, kraftangan serta bahan binaan tradisional.
Manau (Calamus manan) merupakan jenis rotan yang paling banyak ditemui iaitu 6.22 batang per ha dan keputusan ini selari dengan keputusan diperingkat nasional (7.37 batang per ha). Rotan Sega (Calamus erectus) menunjukan penemuan spesies kedua terbanyak ditemui di negeri Perak iaitu sebanyak 1.86 per ha. Manakala, rotan dok (Daemonorops angustifolia) pula merupakan jenis rotan yang paling sedikit ditemui di negeri Perak iaitu 0.15 rumpun per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan batang/rumpun rotak per ha mengikut spesies bagi keseluruhan strata hutan negeri Perak.
Jadual Bilangan batang/rumpun rotan per ha (bil/ha) mengikut spesies.
Buluh (Bambusoideae sp.) – Terdapat enam spesies utama iaitu Buluh Bertam (Gigantochloa levis), Buluh Beti (Schizostachyum brachycladum), Buluh Beting (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Semeliang (Schizostachyum grande) dan Buluh Dinding (Gigantochloa scortechinii). Buluh ini banyak digunakan sebagai bahan binaan, alat pertanian, serta bahan mentah industri kraftangan dan makanan tradisional. Palma (Arecaceae sp.) – Merangkumi lapan spesies penting iaitu bertam (Eugeissona tristis), bayas (Oncosperma tigillarium), nibong (Oncosperma horridum), Serdang (Livistona rotundifolia), ibol (Arenga westerhoutii), Enau (Arenga pinnata), Kelubi (Salacca affinis) dan Salak (Salacca zalacca). Kumpulan palma ini memainkan peranan penting dalam ekosistem hutan sebagai penyedia sumber makanan fauna dan bahan ekonomi bernilai kepada masyarakat tempatan.
Buluh beti (Schizostachyum brachycladum) merupakan jenis buluh yang paling banyak ditemui di negeri Perak, iaitu sebanyak 0.81 batang per ha, diikuti oleh buluh semantan (Gigantochloa scortechinii) dengan purata 0.69 batang per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan buluh per ha mengikut spesies bagi keseluruhan strata hutan di negeri Perak. Keputusan ini menunjukkan sedikit perbezaan berbanding dengan dapatan IHN-6 di peringkat nasional yang menyaksikan buluh semantan (Gigantochloa scortechinii) merupakan spesies buluh yang paling banyak ditemui (3.11 rumpun per ha), manakala buluh dinding (Gigantochloa levis) pula merupakan spesies yang paling sedikit ditemui (0.17 rumpun per ha).
Jadual Bilangan buluh per ha bil/ha) mengikut spesies.
Palma seperti Bertam (Eugeissona tristis) merupakan spesies palma yang paling banyak ditemui di negeri Perak, iaitu sebanyak 6.27 rumpun per ha. Keputusan ini adalah selari dengan dapatan IHN-6 yang merekodkan spesies bertam (Eugeissona tristis) sebagai spesies palma yang paling banyak ditemui (10.7 batang/rumpun per ha) bagi kawasan Hutan Darat. Sementara itu, ibol (Arenga westerhoutii) dan serdang (Livistona rotundifolia) merupakan dua spesies palma yang paling sedikit ditemui, masing-masing sebanyak 0.01 dan 0.05 rumpun per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan rumpun palma per ha bagi keseluruhan strata hutan di negeri Perak.
Jadual Bilangan batang/rumpun palma per ha (bil/ha) mengikut spesies
Tumbuhan Ubatan (Herba Perubatan Hutan) – Terdiri daripada 12 spesies utama iaitu Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), kacip fatimah (Labisia pumila), tongkat haji samad (Polyalthia bullata), hempedu beruang (Andrographis paniculata), Gajah Beranak (Scorodocarpus borneensis), keladi murai (Alocasia macrorrhizos), alek besi atau alek tembaga (Smilax myosotiflora), ubi jaga (Smilax officinalis), Lemba (Curculigo latifolia), sepit (Stenochlaena palustris), payung ali (Alpinia galanga) dan lekir (Leea indica). Spesiesspesies ini digunakan secara tradisional dalam perubatan Melayu untuk merawat pelbagai penyakit dan sebagai tonik kesihatan.
Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) merupakan tumbuhan ubatan yang paling banyak direkodkan di negeri Perak, iaitu sebanyak 14.2 pokok per ha. Kacip Fatimah (Labisia pumila) pula merupakan spesies kedua paling banyak ditemui dengan purata 13.61 pokok per ha. Sementara itu, alek besi atau alek tembaga (Smilax myosotiflora) dan ubi jaga (Smilax officinalis) merupakan tumbuhan ubatan yang paling sedikit ditemui, masingmasing hanya 0.03 dan 0.05 pokok per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan tumbuhan ubatan per ha bagi keseluruhan strata hutan di negeri Perak. Keputusan ini adalah selari dengan dapatan IHN-6 di peringkat nasional, di mana Kacip Fatimah (Labisia pumila) direkodkan.
Tumbuhan ubatan per ha (bil/ha) bagi keseluruhan strata hutan.

Sumber Hutan Bukan Kayu
Keputusan bancian bagi sumber hutan bukan kayu (NTFPs) di negeri Perak ditunjukkan dalam Jadual 5.1.9. Antara komoditi utama, tumbuhan ubatan mencatatkan bilangan keseluruhan tertinggi dengan 501.32 batang/ha, diikuti oleh Palma (495.99 batang/ha), rotan (176.00 batang/ha) dan buluh (81.33 batang/ha). Tumbuhan ubatan paling banyak ditemui di kawasan hutan berusia lebih 30 tahun selepas dibalak (197.33 batang/ha), manakala palma mencatatkan bilangan tertinggi di kawasan hutan berusia 21–30 tahun (157.33 batang/ha).
Rotan pula menunjukkan kehadiran tertinggi di kawasan hutan >30 tahun (58.67 batang/ ha), diikuti oleh kawasan 1–10 tahun (44.00 batang/ha). Bagi buluh, bilangan tertinggi dicatatkan di kawasan hutan >30 tahun selepas dibalak (33.33 batang/ha), diikuti kawasan 1–10 tahun (32.00 batang/ha). Secara keseluruhan, komposisi mengikut kumpulan tahun selepas pembalakan menunjukkan hutan >30 tahun mencatatkan jumlah tertinggi bagi kebanyakan kategori, khususnya tumbuhan ubatan dan rotan.
Jadual Bilangan buluh, palma, rotan dan tumbuhan ubatan per/hektar mengikut kategori hutan:



Berdasarkan hasil kajian inventori hasil hutan bukan kayu (NTFP) di negeri Perak juga menunjukan stok hasil hutan bukan kayu ini mencukupi bagi menampung permintaan dan penggunaan industri hiliran atau komuniti di sekitarnya seperti industri kraftangan dan lainlain. Bekalan stok yang banyak ini secara langsung atau tidak langsung dapat memberi manafaat kepada komuniti seperti berikut:-
- Hutan darat dibalak 1- 10 tahun
- Hutan darat dibalak 11 – 20 tahun
- Hutan darat dibalak 21 – 30 tahun
- Hutan darat dibalak > 30 tahun
Penelitian lanjut berkaitan sumber kayu-kayan bagi hutan dibalak > 30 tahun (iaitu hutan yang telah lengkap pusingan tebangan dan berpotensi untuk diusaha hasil dalam tempoh 2026 hingga 2035 mendapati perkara-perkara seperti berikut:
- Isi padu bersih yang berpotensi diusaha hasil (bagi kelas saiz > 60cm dbh) setelah ditolak dengan faktor pengurangan (30%) seperti kecacatan, kerosakan akibat pembalakan dan pembaziran pengusahasilan adalah 61.8 m³ /ha;dan
- Memenuhi had pengeluaran isi padu bersih berekonomi sebanyak 28 m³ /ha.
Maklumat Tumbesaran
Maklumat tumbesaran pokok adalah sangat penting memandangkan maklumat ini akan menentukan jumlah kandungan isi hutan yang boleh dikeluarkan dan tempoh hutan perlu ditinggal sebelum pusingan tebangan seterusnya. Konsep penghasilan yang berkekalan memberi gambaran bahawa sebarang hasil dalam bentuk isi padu kayu yang dikeluarkan perlu digantikan dengan tumbesaran sama ada secara semula jadi atau dengan bantuan manusia melalui rawatan silvikultur seperti penjarangan dan penanaman. Bagi memantau tumbesaran pokok, Petak bersaiz 100 m x 100 m ini telah ditubuhkan seawal tahun 1992 bertujuan untuk menilai keupayaan pemulihan dan potensi pengeluaran hutan yang telah diusaha hasil merangkumi aspek kandungan stok dirian, purata tumbesaran, kadar penokokan dan kadar kematian. Bancian dilaksanakan setiap dua tahun dan data telah dianalisis menggunakan Growth Plot Data Analysis Programme yang telah dibangunkan oleh German Agency for Technical Cooperation (GTZ) pada tahun 1990. Hasil dapatan boleh dirujuk kepada Laporan Analisis Petak Kajian Tumbesaran di Hutan Simpanan Kekal Semenanjung Malaysia (Edisi Ke 2), JPSM. Perak juga mempunyai 6 petak kajian tumbesaran dan pengeluaran bersaiz 100 m x 100 m setiap satu yang terletak di dalam kompartmen 200 dan 202, Hutan Simpan Kledang Saiong. Tujuan utama penubuhan petak kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan, tempoh masa pemulihan serta potensi tumbesaran bawah pelbagai rejim pengurusan secara semula jadi. Sehingga tahun 2000, petak kajian ini telah dibanci sebanyak 11 kali bermula penubuhannya pada 1998. Had batas tebangan (yang juga merujuk kepada rawatan/rejim pengurusan) bagi petak yang telah dibalak pada tahun 1997 ini adalah tebangan semua pokok dipterokap bersaiz > 50 cm dbh dan pokok bukan dipterokap bersaiz > 45 cm dbh. Keputusan analisis boleh dirujuk di dalam Laporan Kajian Tumbesaran dan Pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia (Tahun 1974-2020), JPSM.
Jadual Perbandingan Purata Tumbesaran Pokok, Kadar Penokokan dan Kadar Kematian SMS dan Laporan Analisis Petak Kajian Tumbesaran di Semenanjung Malaysia
Sumber Bukan Kayu
Inventori sumber bukan kayu IHN-6 hanya melibatkan spesies-spesies tertentu sahaja iaitu:-
Rotan (Calamus spp.) – Merangkumi beberapa spesies utama seperti Rotan Manau (Calamus manan), Rotan Manau Tikus (Calamus caesius), Rotan Dok (Daemonorops angustifolia), Rotan Dahan (Calamus scipionum), Rotan Sega (Calamus erectus), Rotan Semambu (Calamus semang) dan Rotan Lipan (Daemonorops draco). Spesies-spesies ini tergolong dalam keluarga Arecaceae dan merupakan sumber hasil hutan bukan kayu yang penting, digunakan secara meluas dalam pembuatan perabot, kraftangan serta bahan binaan tradisional.
Manau (Calamus manan) merupakan jenis rotan yang paling banyak ditemui iaitu 6.22 batang per ha dan keputusan ini selari dengan keputusan diperingkat nasional (7.37 batang per ha). Rotan Sega (Calamus erectus) menunjukan penemuan spesies kedua terbanyak ditemui di negeri Perak iaitu sebanyak 1.86 per ha. Manakala, rotan dok (Daemonorops angustifolia) pula merupakan jenis rotan yang paling sedikit ditemui di negeri Perak iaitu 0.15 rumpun per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan batang/rumpun rotak per ha mengikut spesies bagi keseluruhan strata hutan negeri Perak.
Jadual Bilangan batang/rumpun rotan per ha (bil/ha) mengikut spesies.
|
Jenis |
Rotan Manau (Calamus manan) |
Rotan Manau Tikus (Calamus caesius) |
Rotan Dok (Daemonorops angustifolia) |
Rotan Dahan (Calamus scipionum) |
Rotan Sega (Calamus erectus) |
Rotan Semambu (Calamus semang) |
|
Bil./ha |
6.22 |
0.44 |
0.15 |
0.30 |
1.86 |
0.58 |
Buluh (Bambusoideae sp.) – Terdapat enam spesies utama iaitu Buluh Bertam (Gigantochloa levis), Buluh Beti (Schizostachyum brachycladum), Buluh Beting (Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Semeliang (Schizostachyum grande) dan Buluh Dinding (Gigantochloa scortechinii). Buluh ini banyak digunakan sebagai bahan binaan, alat pertanian, serta bahan mentah industri kraftangan dan makanan tradisional. Palma (Arecaceae sp.) – Merangkumi lapan spesies penting iaitu bertam (Eugeissona tristis), bayas (Oncosperma tigillarium), nibong (Oncosperma horridum), Serdang (Livistona rotundifolia), ibol (Arenga westerhoutii), Enau (Arenga pinnata), Kelubi (Salacca affinis) dan Salak (Salacca zalacca). Kumpulan palma ini memainkan peranan penting dalam ekosistem hutan sebagai penyedia sumber makanan fauna dan bahan ekonomi bernilai kepada masyarakat tempatan.
Buluh beti (Schizostachyum brachycladum) merupakan jenis buluh yang paling banyak ditemui di negeri Perak, iaitu sebanyak 0.81 batang per ha, diikuti oleh buluh semantan (Gigantochloa scortechinii) dengan purata 0.69 batang per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan buluh per ha mengikut spesies bagi keseluruhan strata hutan di negeri Perak. Keputusan ini menunjukkan sedikit perbezaan berbanding dengan dapatan IHN-6 di peringkat nasional yang menyaksikan buluh semantan (Gigantochloa scortechinii) merupakan spesies buluh yang paling banyak ditemui (3.11 rumpun per ha), manakala buluh dinding (Gigantochloa levis) pula merupakan spesies yang paling sedikit ditemui (0.17 rumpun per ha).
Jadual Bilangan buluh per ha bil/ha) mengikut spesies.
|
Jenis |
Semantan (Calamus manan) |
Beti |
Beting |
Betong |
Semeliang |
Dinding |
|
Bil./ha |
0.69 |
0.81 |
0.00 |
0.05 |
0.11 |
0.01 |
Palma seperti Bertam (Eugeissona tristis) merupakan spesies palma yang paling banyak ditemui di negeri Perak, iaitu sebanyak 6.27 rumpun per ha. Keputusan ini adalah selari dengan dapatan IHN-6 yang merekodkan spesies bertam (Eugeissona tristis) sebagai spesies palma yang paling banyak ditemui (10.7 batang/rumpun per ha) bagi kawasan Hutan Darat. Sementara itu, ibol (Arenga westerhoutii) dan serdang (Livistona rotundifolia) merupakan dua spesies palma yang paling sedikit ditemui, masing-masing sebanyak 0.01 dan 0.05 rumpun per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan rumpun palma per ha bagi keseluruhan strata hutan di negeri Perak.
Jadual Bilangan batang/rumpun palma per ha (bil/ha) mengikut spesies
|
Jenis |
Bertam |
Bayas |
Nibung |
Serdang |
Ibol |
Enau |
Kelubi |
Salak |
|
Bil./ha |
6.27 |
1.38 |
0.29 |
0.05 |
0.01 |
0.39 |
2.74 |
0.29 |
Tumbuhan Ubatan (Herba Perubatan Hutan) – Terdiri daripada 12 spesies utama iaitu Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), kacip fatimah (Labisia pumila), tongkat haji samad (Polyalthia bullata), hempedu beruang (Andrographis paniculata), Gajah Beranak (Scorodocarpus borneensis), keladi murai (Alocasia macrorrhizos), alek besi atau alek tembaga (Smilax myosotiflora), ubi jaga (Smilax officinalis), Lemba (Curculigo latifolia), sepit (Stenochlaena palustris), payung ali (Alpinia galanga) dan lekir (Leea indica). Spesiesspesies ini digunakan secara tradisional dalam perubatan Melayu untuk merawat pelbagai penyakit dan sebagai tonik kesihatan.
Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) merupakan tumbuhan ubatan yang paling banyak direkodkan di negeri Perak, iaitu sebanyak 14.2 pokok per ha. Kacip Fatimah (Labisia pumila) pula merupakan spesies kedua paling banyak ditemui dengan purata 13.61 pokok per ha. Sementara itu, alek besi atau alek tembaga (Smilax myosotiflora) dan ubi jaga (Smilax officinalis) merupakan tumbuhan ubatan yang paling sedikit ditemui, masingmasing hanya 0.03 dan 0.05 pokok per ha. Jadual di bawah menunjukkan bilangan tumbuhan ubatan per ha bagi keseluruhan strata hutan di negeri Perak. Keputusan ini adalah selari dengan dapatan IHN-6 di peringkat nasional, di mana Kacip Fatimah (Labisia pumila) direkodkan.
Tumbuhan ubatan per ha (bil/ha) bagi keseluruhan strata hutan.
Sumber Hutan Bukan Kayu
Keputusan bancian bagi sumber hutan bukan kayu (NTFPs) di negeri Perak ditunjukkan dalam Jadual 5.1.9. Antara komoditi utama, tumbuhan ubatan mencatatkan bilangan keseluruhan tertinggi dengan 501.32 batang/ha, diikuti oleh Palma (495.99 batang/ha), rotan (176.00 batang/ha) dan buluh (81.33 batang/ha). Tumbuhan ubatan paling banyak ditemui di kawasan hutan berusia lebih 30 tahun selepas dibalak (197.33 batang/ha), manakala palma mencatatkan bilangan tertinggi di kawasan hutan berusia 21–30 tahun (157.33 batang/ha).
Rotan pula menunjukkan kehadiran tertinggi di kawasan hutan >30 tahun (58.67 batang/ ha), diikuti oleh kawasan 1–10 tahun (44.00 batang/ha). Bagi buluh, bilangan tertinggi dicatatkan di kawasan hutan >30 tahun selepas dibalak (33.33 batang/ha), diikuti kawasan 1–10 tahun (32.00 batang/ha). Secara keseluruhan, komposisi mengikut kumpulan tahun selepas pembalakan menunjukkan hutan >30 tahun mencatatkan jumlah tertinggi bagi kebanyakan kategori, khususnya tumbuhan ubatan dan rotan.
Jadual Bilangan buluh, palma, rotan dan tumbuhan ubatan per/hektar mengikut kategori hutan:
Berdasarkan hasil kajian inventori hasil hutan bukan kayu (NTFP) di negeri Perak juga menunjukan stok hasil hutan bukan kayu ini mencukupi bagi menampung permintaan dan penggunaan industri hiliran atau komuniti di sekitarnya seperti industri kraftangan dan lainlain. Bekalan stok yang banyak ini secara langsung atau tidak langsung dapat memberi manafaat kepada komuniti seperti berikut:-
| • | Sumber pendapatan tambahan kepada komuniti. Melalui jualan hasil hutan seperti rotan, buluh, palma dan tumbuhan ubat-ubatan menjadi sumber pendapatan penting bagi komuniti Orang Asli di Perak khususnya di kawasan seperti Hulu Perak, Gerik dan Temengor. Aktiviti mengutip dan menjual NTFP ini memberi peluang pendapatan tunai yang stabil atau bermusim, sekali gus membantu keluarga menampung keperluan harian; |
| • | Bahan asas untuk kraftangan dan produk nilai tambah NTFP juga digunakan secara meluas dalam pembuatan kraftangan tradisional seperti bakul, tikar, aksesori rotan, serta produk hiasan berasaskan buluh dan palma. Hasil-hasil ini bukan sahaja mengekalkan warisan budaya komuniti, tetapi turut memberi peluang keusahawanan, terutama kepada Wanita; dan |
| • | Meningkatkan peluang ekopelancongan dan penglibatan komuniti. Kawasankawasan seperti Kuala Mu menjadikan NTFP sebagai aset dalam pembangunan ekopelancongan, termasuk aktiviti trekking hutan, demonstrasi mencari herba, pembuatan kraftangan dan jualan produk tempatan. Kehadiran pelancong memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan tambahan melalui perkhidmatan homestay, jualan hasil hutan dan aktiviti budaya. NTFP memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi setempat melalui pelancongan lestari. |
