Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang berjarak 10 km dari Bandar Taiping. Ianya terletak dalam Hutan Simpan Jebong, Daerah Hutan Larut & Matang.

Antara tarikan utama ialah laluan pelantar kayu yang membolehkan pengunjung meneroka hutan paya bakau, aktiviti pemerhatian hidupan liar seperti ikan belacak dan burung, serta kemudahan pendidikan untuk mengenali ekosistem hutan paya laut.

Di buka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ianya di bawah pengurusan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang (05-8072762).

Kemudahan yang disediakan adalah :
  • Pondok berehat/Wakaf
  • Surau
  • Tandas
  • Dewan Terbuka
  • Dewan Tertutup
  • Tapak Perkhemahan
  • Dapur BBQ
  • Chalet
  • Asrama
  • Laluan Pelantar Kayu
  • Pusat Informasi


Terakhir dikemaskini: 05 Oktober 2026