Taman Eko-Rimba Pasir Panjang

Taman Eko-Rimba Pasir Panjang berjarak 7 km dari Pekan Segari melalui Jalan Lumut - Pantai Remis. Ianya terletak di persisiran pantai Selat Melaka, di Hutan Simpan Segari Melintang, Daerah Hutan Kinta/Manjung.

Di buka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ianya di bawah pengurusan Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung (05-366 1228).

Kemudahan yang disediakan adalah :
  • Pondok berehat/Wakaf
  • Surau
  • Tandas
  • Tapak Perkhemahan
  • Chalet


Terakhir dikemaskini: 05 Oktober 2026