Taman Eko-Rimba Lata Iskandar

Taman Eko-Rimba Lata Iskandar berjarak 15 km dari Bandar Tapah melalui Jalan Tapah ke Cameron Highlands dan 85 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Tapah - Brinchang – Bluevalley. Ianya terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tapah, Daerah Hutan Perak Selatan.

Di buka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ianya di bawah Pengurusan Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan (05-401 1216).


Kemudahan yang disediakan adalah :

  • Pondok berehat/Wakaf
  • Surau
  • Tandas
  • Denai Hutan Digital
  • Tapak Perkhemahan
  • Gerai


Terakhir dikemaskini: 05 Oktober 2026