Soalan Lazim (FAQ)

1. Siapakah yang harus dihubungi jika terdapat kes pembalakan haram?

Jika terdapat kes pembalakan haram anda boleh menghubungi Unit Penguatkuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776

2. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang hutan bakau?

Maklumat berkaitan hutan bakau boleh diperolehi di http://bakau.forestry.gov.my

3. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Perak?

Maklumat berkaitan Hutan Lipur boleh didapati di Seksyen Hutan Lipur & Eko Pelancongan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan berhubung terus dengan Penolong Pengarah Hutan Lipur En. Muhammad Asyraf Bin Zainul atau Cik Siti Aishah Bt Yaacob di talian 05-5288100

4. Bagaimana untuk melaporkan Kes Kebakaran Hutan di Negeri Perak?

Kes Kebakaran Hutan boleh dilaporkan di Seksyen Ladang Hutan & Inovasi ,Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

5. Bagaimana untuk memasuki sebutharga kerja-kerja pembangunan hutan di Jabatan Perhutanan Negeri Perak?

Semua Kontraktor yang ingin memasuki sebut harga kerja-kerja Pembangunan Hutan perlu mematuhi Syarat-syarat berikut:

Kontraktor Perlu berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dibawah Kelas F kepala VI sub kepala 3a @3b dan Sub kepala 5

Kontraktor Perlu berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Setelah lengkap langkah-langkah (1) dan (2),dimestikan mengikuti taklimat sebutharga atau lawatan tapak

6. Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak?

Sila klik dan isi borang Maklum Balas yang boleh didapati di tepi atas setiap halaman. Anda juga boleh menghubungi:-

Tel: 05-5288100

Faks: 05-5288101 atau

Emel: webjpnperak[at]forestry[dot]gov[dot]my

PERHATIAN: Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, boleh menghubungi nombor berikut di 05-5288100 atau emailkan kepada webjpnperak[at]forestry[dot]gov[dot]my
 


Last Updated: 03 September 2024

Hubungi Kami