Komposisi dan perubahan flora dan fauna

Pengurusan hutan yang sedang dilaksanakan adalah tertakluk kepada Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) Negeri Perak (2016–2025). Penyediaan RPH adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 2(1) Akta Perhutanan Negara (1984). Dokumen Rancangan Pengurusan Hutan ini adalah penting bagi Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dalam memelihara, memulihara, mentadbir dan mengurus hutan secara lestari di peringkat negeri.

Di dalam tempoh pelaksanaan RPH (2016–2020) secara keseluruhan, JPNPk telah dapat melaksanakan dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang perlu diberi perhatian khusus dalam tempoh 2021-2026. Di samping itu, JPNPk menghadapi pelbagai cabaran dalam memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan mengikut rancangan yang ditetapkan dengan tersusun dan teratur. Dalam tempoh perlaksanaan separuh penggal RPH, terdapat beberapa kekangan khususnya pada tahun 2019-2021 seperti berlakunya pandemik global COVID-19 yang telah menjejaskan perancangan dan kerja-kerja operasi di lapangan. Di samping itu, terdapat kekangan peruntukan kewangan yang mempengaruhi perlaksanaan RPH.

Di dalam konteks ini, kerajaan telah meluluskan Dasar Perhutanan Malaysia 2020 dan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia 2020 yang memerlukan perhatian yang terperinci dalam menyusun semula matlamat, objektif dan strategi jabatan selaras dengan dasar tersebut. Dalam tempoh separuh penggal perlaksanaan RPH Perak, JPNPk telah mengambil beberapa inisiatif dan projek-projek perintis dalam mengukuhkan keberkesanan perlaksanaan pengurusan hutan. Semakan RPH Negeri Perak telah dibuat seperti maklumat berikut:

i. Bilangan spesies flora dan fauna yang diketahui kini (tahun 2020) harus dikemaskini seperti berikut:

Spesies flora – 8,196 spesies

  • Alga – lebih kurang 3,000 spesies
  • Briofit - 522 spesies tidak termasuk lumut hati (Hepaticae) dan Lumut tanduk (Antherocerotae)
  • Paku pakis = 647 spesies
  • Gimnosperma = 27 spesies
  • Monokotiledon = 2,010 spesies
  • Dikotiledon 5,529 = spesies

Spesies fauna

  • Mamalia – 298-300 spesies
  • Burung = 785 spesies
  • Reptilia = 567 spesies
  • Amfibia = 242 spesies
  • Ikan air tawar = 289 (asli) dan 32 (diperkenalkan)
  • Kupu-kupu = 1,182 spesies
  • Rama-rama = 2,324 spesies
  • Kumbang = 99 families yang mengandungi 30,000-40,000 (Chrysomelidae 1,100 spesies, Lucanidae 110 spesies)

ii. Faedah kepelbagaian biologi harus ditambah dan dikemaskinikan. Ia tidak terhad kepada empat sahaja (a - kemandirian manusia sejagat, b – faedah ekosistem dan perkhidmatan, c – riadah dan nilai kebudayaan, dan d - menyokong kehidupan) tetapi boleh masukkan beberapa faedah atau perkhidmatan lain seperti:

e - Perlindungan sumber air

f - Pembentukan dan perlindungan tanah tanih

g - Pengitaran dan penyimpanan nutrien

h - Penyerapan dan pemecahan bahan cemar

i -  Kestabilan iklim

j - Keselamatan makanan

k - Sumber ubat-ubatan

l - Stok biakbaka tumbuhan dan haiwan dan bioteknologi

m - Nilai estetik dan kemasyarakatan

n -  Pendidikan dan penyelidikan

o - Nilai budaya

iii. Maklumat tambahan bagi Hutan Simpan Pulau Pangkor harus ditambahkan hasil daripada ekspedisi saintifik yang dikelolakan oleh Vale Sdn. Bhd. pada tahun 2018 (Jadual 3.10). The  Malaysian Foresters 82 (1)(2019)

iv. Maklumat tambahan bagi Hutan Simpan Temengor dan Taman Negeri Royal Belum harus ditambahkan hasil daripada ekspedisi saintifik yang dikelolakan oleh Yayasan Pulau Banding pada tahun 2012 (Jadual 3.10)

Rujukan:

Latiff, A. et al., (Ed. Board) 2016. Splendours – The landscape beauty of Royal Belum Forest Complex. 196 pp. Pulau Banding Foundation. ISBN 978-967-12081-3-7

Latiff, A. et al. (Eds.). 2013. Glimpses – The inhabitants of Temengor Forest Reserve. Pulau Banding Foundation. 241 pp. ISBN 978-967-12081-1-3.

Latiff, A. et al. (Eds.). 2013. Proceedings of the 2nd Temengor Scientific Expedition 2012. Pulau Banding Foundation. 388 pp.

v. Maklumat tambahan bagi Geotaman Lembah Kinta harus ditambahkan hasil daripada ekspedisi saintifik yang dikelolakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Perak pada tahun 2015 (Jadual 3.10 dalam buku RPH Perak).

Mohd. Sidi Daud, Tuan Rusli Tuan Mohamad, Othman Kangsar, ‘Nurul Amalina Mohd. Noor, Nur Asyikin Rashidi, Mohd. Khalis Azfar Bakar, Hishamahir Afendi Abdullah, Mohd. Shaffea Leman & A. Latiff. 2016. Aspiring Geopark Lembah Kinta, Perak : Geologi, Archaeology, Biodiversity and Socio-economy. Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Perak.


Taburan Rafflesia di Perak

Perak mempunyai empat spesies Rafflesia, R. cantleyi, R. kerri, R. azlanii dan R. su-meiae. Spesies yang tertabur luas di negeri Perak ialah R. cantleyi, kebanyakan populasi tertabur di Hulu Perak khususnya di Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Temengor, dan Hutan Simpan Gerik. Di samping itu ia juga terdapat di Ulu Geroh, Batu Gajah. R. kerri hanya terdapat di Hulu Perak khususnya di sempadan Perak-Kelantan iaitu di Banjaran Titiwangsa termasuk di Taman Negeri Royal Belum. R. azlanii terdapat di Hulu Perak juga hingga ke Sungkai dan R. su-meiae telah direkodkan di sempadan Perak-Kelantan, juga di Banjaran Titiwangsa. Di samping itu Rhizanthes infanticida telah direkodkan di Hulu Perak, di Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Gerik. Rajah 3.1 menunjukkan antara spesies bunga pakma iaitu Rafflesia cantleyi dan Rhizanthes infanticida yang ditemui di petak HCVF di Hulu Perak.


 

 Rajah 3.1 Bunga Pakma (i) Rafflesia cantleyi dan bunga Pakma Tikus (ii) Rhizanthes infanticida

Flora

i) Bilangan spesies bagi pteridofit, gimnosperma dan angiosperma di Semenanjung Malaysia dalam Jadual 3.11 dalam buku RPH Perak harus dikemaskinikan

Jadual 3.4 Bilangan spesies bagi pteridofit, gimnosperma dan angiosperma di Semenanjung Malaysia (Kemaskini Jadual 3.11 dalam buku RPH Perak)

Punca

Kategori

Famili

Genus

Spesies

Turner

(1995)

Paku pakis

Gimnosperma

Dikotiledon

Monokotiledon

34

4

165

45

133

8

1,092

418

632

27

5,529

2,010

 

Jumlah

248

1,651

8,198

 

Jadual  Ringkasan bilangan tumbuhan vaskular yang direkodkan di Perak

Kategori

Bilangan

Jumlah

Paku pakis dan Likofit 

Gimnosperma

Angiosperma

Dikotiledon

Monokotiledon

Famili   

32

4

161

37

234

Genus

111

8

934

329

1382

Spesies

477

21

      3770

       1166

5434


ii) Bilangan spesies endemik di Perak harus dikemaskinikan (Jadual 3.12 dalam buku RPH Perak
iii( Mencadangkan supaya tajuk bagi Jadual 3.12 dalam buku RPH Perak ditukar seperti di dalam Jadual 6 di bawah.

Jadual  Ringkasan bilangan tumbuhan vaskular endemik Semenanjung Malaysia yang terdapat di Negeri Perak (Kemaskini Jadual 3.12 dalam buku RPH Perak

Kategori

Bilangan

Jumlah

Paku pakis dan Likofit

Gimnosperma

Angiosperma

Dikotiledon

Monokotiledon

Famili   

5

1

61

13

80

Genus

8

1

148

61

218

Spesies

10

2

320

148

480


iv) Nama spesies dalam Jadual 3.14 dalam Buku RPH Perak yang menggunakan epitet nama tempat atau lokaliti di negeri Perak harus dikemaskinikan seperti jadual di bawah.

Jadual Spesies yang menggunakan nama, dan tempat di negeri Perak, termasuk orang Perak (tambahan)

Famili    

Spesies

Acanthaceae 

Staurogyne kanthanensis

Annonaceae    

Meiogyne kanthanensis

Dipterocarpaceae

Vatica kanthanensis

Dipterocarpaceae       

Vatica abdulrahmaniana

Zingiberaceae       

Geostachys belumensis

Thismiaceae  

Bombacaceae 

Bombacaceae

Thismia belumensis

Durio perakensis

Durion gerikensis

 

 

 



Last Updated: 20 October 2022

Hubungi Kami