Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi HCVFs
Pengenalan
Kawasan hutan bernilai pemeliharaan tinggi (HCVF) yang telah diperkenalkan oleh FSC dalam tahun 1999 merupakan salah satu daripada keperluan Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pengurusan Hutan Mampan (MC&I SFM). Konsep tersebut telah dibangunkan untuk membekalkan satu kerangka bagi mengenalpasti kawasan-kawasan hutan yang mempunyai ciri-ciri menarik dan unik serta bernilai tinggi bagi kepelbagaian biologi meliputi komposisi tumbuhan-tumbuhan flora. Terdapat beberapa definisi yang dikenalpasti oleh FSC seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Jenis-jenis Kategori HCVF
Jenis HCVF |
Keterangan HCVF |
HCVF 1 |
Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional; |
HCVF 2 |
Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi pada signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional atau hutan pada skal landskap yang besar yang terkandung didalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, dimana populasi yang viable daripada kebanyakan jika tidak kesemua spesies yang hidup secara semulajdi didapati wujud dalam pola taburan dan kehidupan asalnya; |
HCVF 3 |
Kawasan-kawasan hutan yang berada didalam atau mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau keadaan bahaya; |
HCVF 4 |
Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan asas alam semulajadi dalam keadaan kritikal (Misalnya: Perllindungan tadahan air, kawalan banjir); |
HCVF 5 |
Kawasan-kawasan hutan yang penting dalam membekalkan keperluan asas komuniti tempatan (Misalnya sara hidup, kesihatan); dan |
HCVF6
|
Kawasan-kawasan hutan yang bersifat kritikal kepada identiti budaya tradisi komuniti tempatan (kawasan-kawasan bagi kepentingan-kepentingan Budaya, Ekologi, Ekonomi, atau Keagamaan yang dikenalpasti dengan kerjasama komuniti-komuniti tempatan). |
Kawasan hutan HCVF merupakan sebahagian kecil daripada seluruh kawasan hutan, misalnya zon penampan yang melindungi anak sungai yang membekalkan air minuman kepada komuniti tempatan atau satu kawasan Eko-sistem nadir kecil. Objektif pengurusan kawasan hutan HCVF adalah bagi menyelenggaran atau meningkatkan lagi nilai kawasan-kawasan hutan tersebut dengan mengadakan program pemantauan bagi menentukan objektif pengurusan tercapai.
Pemeliharaan Dan Pemantauan
Pemeliharaan dan pemantauan kawasan HCVF yang ketat dan berterusan merupakan komponen penting bagi menentukan kawasan ini dilindungi sepenuhnya daripada sebarang aktiviti pencerobohan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjejaskan fungsi kawasan-kawasan ini ditubuhkan. Langkah-langkah yang telah diambil setakat ini ialah dengan menanda kawasan-kawasan ini atas pelan serta sempadan bagi kawasan-kawasan berikut:
- Taburan Pokok Balau Putih ( i ) - Shorea lumutensis
- Taburan Pokok Balau Putih (ii) - Shorea lumutensis
- Taburan Pokok Keruing Paya - Dipterocarpus coriaceus
- Taburan Pokok Berus Mata Buaya - Bruguiera hainesii
- Taburan Pokok Resak Abdulrahman - Vatica abdulrahmaniana
- Taburan Pokok Gerutu Pasir Daun Besar – Parashorea globosa
- Taburan Daun Sang - Johannesteijmannia perakensis
- Taburan Bunga Pakma (i) – Rhizanthes infanticida
- Taburan Bunga Pakma (ii) – Rafflesia cantleyi
- Kawasan Sira (Jenut) Tesau
- Kawasan Perkuburan Pra-Sejarah
- Meranti Lapis - Shorea lamellata
- Merawan -Hopea auriculata
Kerja-kerja bancian untuk memperolehi maklumat-maklumat mengenai status dirian dan taburan akan dijalankan secara berkala yang meliputi kerja-kerja Mencuci dan Menanda sempadan dua (2) tahun sekali di kawasan tersebut dan Pemantauan kawasan iaitu kekerapan dua (2) kali tiap tahun iaitu bagi kawasan - kawasan yang sesuai mengikut fungsi penubuhannya.
Sehingga tahun 2022, Negeri Perak telah menubuhkan sebanyak 13 petak HCVFs
BALAU PUTIH |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 39, 40 & 41 – H.S. Segari Melintang, Kinta Manjung |
2 |
Keluasan (ha) |
50.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2007 |
4 |
Daerah |
Kinta / Manjung |
|
||
1 |
Kawasan |
Kompt. 2 & 5 – H.S. Sungai Pinang, Kinta Manjung |
2 |
Keluasan (ha) |
10.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2007 |
4 |
Daerah |
Kinta / Manjung |
Daun sang |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 202 & 203 – H.S. Kledang Saiong, Kuala Kangsar |
2 |
Keluasan (ha) |
10.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2007 |
4 |
Daerah |
Kuala Kangsar |
Sira jenut |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 142 – H.S Temenggor |
2 |
Keluasan (ha) |
0.002 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2007 |
4 |
Daerah |
Hulu Perak |
Bunga Pakma Tikus |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 142 – H.S Temenggor |
2 |
Keluasan (ha) |
10.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2007 |
4 |
Daerah |
Hulu Perak |
Bunga Pakma |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 28 & 29 - H.S Gerik |
2 |
Keluasan (ha) |
10.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2016 |
4 |
Daerah |
Hulu Perak |
Bunga Pakma Tikus |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 28 & 29 - H.S Gerik |
2 |
Keluasan (ha) |
10.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2016 |
4 |
Daerah |
Hulu Perak |
Tapak Perkuburan Pra-Sejarah |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 11 - H.S Pulau Kelumpang |
2 |
Keluasan (ha) |
5.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2007 |
4 |
Daerah |
Larut & Matang |
Berus mata buaya |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 18A - H.S Pulau Kecil |
2 |
Keluasan (ha) |
5.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2015 |
4 |
Daerah |
Larut & Matang |
Keruing paya |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 51 & 52 - H.S Chikus, Perak Selatan |
2 |
Keluasan (ha) |
4.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2015 |
4 |
Daerah |
Perak Selatan |
Resak Abdulrahman |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 127 - H.S Kledang Saiong, Kinta Manjung |
2 |
Keluasan (ha) |
10.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2016 |
4 |
Daerah |
Kinta / Manjung |
Gerutu Pasir Daun Besar |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 47 - H.S Kledang Saiong, Kinta Manjung |
2 |
Keluasan (ha) |
10.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2016 |
4 |
Daerah |
Kinta / Manjung |
Meranti Lapis |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 26A 27B - H.S Bubu, Kuala Kangsar |
2 |
Keluasan (ha) |
5.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2018 |
4 |
Daerah |
Kuala Kangsar |
Merawan |
||
BIL |
PERKARA |
CATATAN |
1 |
Kawasan |
Kompt. 1 - H.S Pangkor Selatan, Kinta / Manjung |
2 |
Keluasan (ha) |
5.0 ha |
3 |
Tahun Penubuhan |
2016 |
4 |
Daerah |
Kinta / Manjung |