Taman Eko-Rimba Ulu Kenas

Taman Eko Rimba Ulu Kenas ini terletak 15 km dari Bandar Kuala Kangsar, dan ianya terletak di dalam Hutan Simpan Bubu, Daerah Hutan Kuala Kangsar. Merupakan laluan utama denai hutan menuju puncak Gunung Bubu (dengan ketinggian 1.657 meter di atas paras laut). 

Di buka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ianya adalah di bawah Pengurusan Pejabat Hutan Daerah Kuala Kangsar (05-776 1089). 

Kemudahan yang disediakan adalah :

  • Padang
  • Pondok berehat/Wakaf
  • Dewan
  • Surau
  • Tandas
  • Denai Hutan Digital
  • Penginapan Chalet dan Asrama
  • Kolam Mandi
  • Amfiteater
  • Tapak Perkhemahan


Last Updated: 05 October 2026