Theloderma Licin

katak Family : Rhacophoridae
Subfamily : -
Genus : Theloderma
Species : Theloderma licin

Deskripsi:

Theloderma licin merupakan sejenis spesies katak yang penemuannya baru direkodkan bagi Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand. Ianya telah direkodkan semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Ulu Muda, Kedah.

Katak ini mempunyai bentuk badan yang tirus, bahagian kepala yang lebih panjang berbanding kelebaran badannya, dan kulitnya kurang berkutil berbanding spesies lain dalam genus yang sama. Spesies katak ini dijumpai di kawasan tumbuhan paku pakis (15 cm lebar) yang tumbuh pada tebing curam akibat kesan pembinaan jalan hutan untuk aktiviti pengusahasilan.



Last Updated: 15 July 2014

Hubungi Kami