NOTIS PEMBERITAHUAN
Dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Hasil Hutan (JKSHH) Bil. 1/2022 pada 15 April 2022 dan diperakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 2069 bertarikh 27 April 2022 telah menimbang dan meluluskan bahawa semua permohonan pasir, tanah merah, kaolin, cari gali dan lain-lain sumber mineral yang dinyatakan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Mineral Negeri Perak di dalam Hutan Simpanan Kekal perlu dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Ketetapan syarat ini adalah berkuatkuasa mulai Mei 2022.
PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK