| i. | Sebagai arboretum untuk memelihara contoh semua jenis hutan yang diwakili termasuk flora dan fauna yang terkandung di dalamnya; |
| ii. | Sebagai rangkaian kawasan penyelidikan perhutanan dan kawasan dirian biji benih; |
| iii. | Sebagai kawasan kawalan semula jadi untuk membandingkan isi hutan dengan kawasan yang telah dibalak dan keberkesanan kawasan yang telah dijalankan rawatan silvikultur; |
| iv. | Sebagai satu rangkaian petak sampel dan petak kajian seperti petak penyelidikan, petak fenologi, petak pokok besar dan petak ekologi, penyelidikan biologi hidupan liar, patologi tumbuhan, entomologi dan sebagainya; dan |
| v. | Sebagai kawasan pemeliharaan sumber genetik dan kepelbagaian biologi termasuk semua spesies tumbuh-tumbuhan, hidupan liar dan mikroorganisma yang tinggal di dalamnya. |
Bagi menjamin pencapaian objektif-objektif penubuhannya, kawasan-kawasan VJR yang sedia ada perlu dikekalkan dan dipelihara melalui pelaksanaan sistem pengurusan secara optima. Keluasan kawasan VJR di Negeri Perak sehingga 30 September 2026 adalah ± 6,525.18 hektar dengan sembilan belas (19) lokasi.

