Antara tarikan utama ialah laluan pelantar kayu yang membolehkan pengunjung meneroka hutan paya bakau, aktiviti pemerhatian hidupan liar seperti ikan belacak dan burung, serta kemudahan pendidikan untuk mengenali ekosistem hutan paya laut.
Di buka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ianya di bawah pengurusan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang (05-8072762).

- Pondok berehat/Wakaf
- Surau
- Tandas
- Dewan Terbuka
- Dewan Tertutup
- Tapak Perkhemahan
- Dapur BBQ
- Chalet
- Asrama
- Laluan Pelantar Kayu
- Pusat Informasi

