Taman Eko-Rimba Kledang Saiong

Taman Eko Rimba Kledang Saiong ditubuhkan pada tahun 2010 dan keluasan pembangunannya adalah 26.68 hektar. Ianya terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong, Daerah Hutan Kinta/Manjung.

Di buka dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Taman Eko Rimba ini di bawah Pengurusan Bahagian Eko-Pelancongan Hutan (05-528 8100). Antara kemudahan yang disediakan seperti berikut:

a) Taman Nepenthes

b) Pondok berehat/Wakaf

c) Dewan Terbuka

d) Surau 

e) Tapak Perkhemahan

f) Menara Tinjau

g) Tandas

h) Denai Hutan Digital

i) Dapur BBQ

j) Taman Herba 

k) Taman Kanak-Kanak