Notis Kebenaran Beroperasi Bagi Aktiviti Perhutanan

ARAHAN KEBENARAN OPERASI BAGI AKTIVITI PENGUSAHASILAN HUTAN (HUTAN SIMPANAN KEKAL/TANAH KERAJAAN DAN TANAH MILIK), LESEN KECIL, INDUSTRI BERASAS KAYU DAN PERLADANGAN HUTAN

Adalah dimaklumkan Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Negeri Perak mulai hari Jumaat (19 Februari 2021) sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sehubungan itu, semua aktiviti Pengusahasilan Hutan (Hutan Simpanan Kekal / Tanah Kerajaan / Tanah Milik), Lesen Kecil, lndustri Berasas Kayu, Perladangan Hutan adalah dibenarkan beroperasi. Manakala, Taman Eko-Rimba milik Jabatan Perhutanan Negeri Perak tergolong dalam aktiviti yang terlarang adalah ditutup dan semua permohonan serta kelulusan Penyewaan Kemudahan dan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal masih tertakluk kepada arahan penangguhan beroperasi.

Sehubungan dengan itu, dalam memerangi dan membendung penularan COVID-19, pihak syarikat dan kakitangan perlu mematuhi SOP dan mengambilkira cara kerja baharu atau norma baharu dalam pengendalian aktiviti perhutanan dan kehidupan harian.

Pengarah Perhutanan Negeri,
Perak Darul Ridzuan



Terakhir dikemaskini: 03 Mac 2021

Hubungi Kami