• selamat dtg
  • tuaku
  • mutf
  • nohiking
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Paedocypris Sp

ikan Family : Cyprinidae
Subfamily : -
Genus : Paedocypris
Species : Paedocypris sp

Deskripsi:

Paedocypris species adalah merupakan vertebrata darat yang terkecil di dunia. Ianya adalah ikan dari genus Paedocypris dan merupakan spesies dari famili Cyprinidae . Saiz terkecil bagi ikan betina yang matang pernah dicatatkan sebelum ini ialah 7.9 mm, manakala individu yang terbesar yang diketahui ialah 10.3 mm. Penemuan Paedocypris sp.pada 2006 semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagian Biologi Hutan Bukit Bauk, Terengganu merupakan penemuan yang paling signifikan dan membanggakan. Spesies ini dijumpai di kawasan berpaya oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Penemuan ini merupakan rekod ketiga yang pernah dicatatkan di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini, spesies yang sama dari genus ini pernah ditemui di beberapa lokasi di hutan paya gambut di kawasan Utara Selangor dan Hutan Simpan Pondok Tanjung, Perak.

Paedocypris yang pertama direkodkan telah dijumpai di kawasan paya gambut berair gelap di Kepulauan Sumatra, Indonesia. Spesies Paedocypris mendiami kawasan aliran air yang perlahan ataupun di kawasan-kawasan lopak di dalam hutan paya gambut yang lebih dalam dan sejuk serta menghampiri dasar.

Dengan memiliki saiz badan yang kecil, ikan ini mampu untuk bermandiri semasa musim kemarau melampau kerana ia dapat hidup dalam lopak-lopak tinggalan air hujan. Ianya juga dapat hidup dalam air dengan pH serendah 2.9, iaitu 10 kali ganda lebih berasid daripada air hujan. Namun, habitatnya kini terancam oleh kebakaran hutan, perubahan iklim, aktiviti pembangunan yang pesat dan perladangan

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo