• selamat dtg
  • tuaku
  • mutf
  • nohiking
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Serai Wangi

wangi Nama saintifik : Cymbopogon nardus (L.) rendle.
Nama biasa : Citronella
Nama tempatan : Serai wangi
Famili : Graminae

Pendahuluan:

Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan. Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan serai makan.Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan. Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk membuat losyen (ubat disapu pada kulit), sabun dan juga untuk menghalau nyamok. Dikatakan bahawa serai wangi berasal dari India dan Sri Lanka dan baru diperkenalkan ke Malaysia


Ciri - Ciri Tumbuhan

Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.


Tabiat Tumbuhan

Serai wangi hidup secara liar di kebanyakkan negara seperti di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia kebiasaannya ditanam di bahagian belakang rumah. Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan yang lasak dan boleh menyesuai dalam pelbagai jenis tanah dan iklim. Namun demikian ia tumbuh dengan baik pada keadaan tanah yang bersaliran baik dan subur. Serai wangi tidak boleh hidup dalam keadaan tanah yang mempunyai air bertakung dan di bawah teduhan. Ia boleh hidup dengan subur di kawasan lapang dan mempunyai cahaya yang cukup.


Bahagian Yang Digunakan

  •     Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Minyak yang dihasilkan dari serai wangi digunakan untuk merawat rubefacient iaitu warna merah di bahagian kulit luar muka, Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap berlaku kencing) dan sudorifik atau diaporetik (berperanan sebagai dadah untuk merangsang pengeluaran peluh). Serai wangi juga digunakan untuk bertindak menghalau nyamuk dan juga digunakan untuk membuat minyak wangi dan pembuatan sabun. Di Malaysia, minyak ekstraknya yang cepat meruap dan menggunakan sedikit dos boleh merawat sakit perut dan penghadaman. Air rebusan daun serai wangi yang dipanas bersama dengan daun gendarusa dicampur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan kanak-kanak selepas bersalin.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo