• selamat dtg
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Serai

serai Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.
Nama biasa : Lemongrass
Nama tempatan : Serai makan
Famili : Graminae

Pendahuluan:

Serai makan tergolong ke dalam rumput di kawasan tropika yang berbau dan ia hampir sama dengan serai wangi di Cina. Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari India yang ditanam bagi tujuan penghasilan minyak sejak tahun 1888. Bau minyak serai makan seakan-akan bau limau atau sitrus yang digunakan sebagai bahan pewangi dalam pembuatan sabun, bahan pencuci dan bahan-bahan penghasilan lain. Serai makan merupakan pembekal utama bahan 'citral' yang digunakan sebagai bahan mentah dalam penghasilan pewangi, gula-gula dan minuman


Ciri - Ciri Tumbuhan

Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan mengeluarkan bau. Tumbuh dengan rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai makan boleh tumbuh mencapai sehingga 1 m tinggi. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, berwarna hijau, lurus, bersusun secara teratur dan daunnya boleh mencapai ukuran 40cm x 1cm. Daunnya licin, urat daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya berpelepah, memanjang dan berfungsi sebagai batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga pada peringkat matang. Rizomnya kuat dan tegap, menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.


Tabiat Tumbuhan

Serai tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai makan biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai makan merupakan pokok yang tahan lasak dan boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun sekiranya ditanam bagi tujuan penghasilan minyak, kawasan yang paling sesuai ialah di kawasan yang bersaliran baik dan subur.
Bahagian Yang Digunakan

  •     Daun, Batang, Akar


Amalan Tradisi Perawatan

Minyak pokok  serai makan  adalah herba yang bernilai tinggi  untuk rawatan senak perut, perut memulas, gastrik dan  muntah. Ia bertindak sebagai minyak angin untuk rawatan sakit sendi yang kronik, terseliuh dan rawatan sakit-sakit yang ringan. Di Malaysia, serai makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu melaawas kencing, tonik dan meransang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum air serai makan sebagai tea. Batangnya digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan. Tampalan daunnya yang dilumatkan boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Ekstrak serai makan boleh menghalau nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan boleh mencuci buah pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai pewangi shampoo dan minyak wangi.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo