• selamat dtg
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • merdeka

Lidah Buaya

buaya Nama saintifik : Aloe vera (L.) Burm.f
Nama biasa : Aloe vera
Nama tempatan : Lidah Buaya
Famili : Liliaceane

 Pendahuluan:

Disebabkan oleh kandungan penyembuhan yang terdapat dalam tumbuhan ini, Aloe vera juga dikenali sebagai 'bunga teratai padang pasir', 'tumbuhan yang sentiasa hidup', 'tumbuhan rawatan awal' dan juga dikenali sebagai 'tumbuhan ajaib. Tumbuahn ini juga salah satu tumbuhan yang utama dalam sejarah penggunaan dadah kasar atau dadah mentah dan masih digunakan secara meluas dalam ubatan modern masa kini.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Aloe vera adalah merupakan tumbuhan  yang mempunyai banyak kandungan air dan juga tumbuhan yang boleh hidup lama dan boleh mencapai ketinggian sehingga 45-50 cm . Daunnya berwarna hijau muda dengan susunan roset dan  berisi pejal . Daunnya berbentuk lansolat, glabrus dan mempunyai tepi daun yang berduri, pangkal daunnya bersusun dalam bentuk sarung dengan tepi daunnya berduri.  Urat daun tidak kelihatan dan daunnya berbentuk memanjang dan berfungsi sebagai batang. Tangkai bunganya boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m panjang  dengan penghujung tangkainya membentuk bunga yang berwarna merah kekuningan secara berjambak


Tabiat Tumbuhan

Tumbuhan ini berasal dari Tropika Afrika dan kawasan Mediteranean  di mana  ia dijumpai tumbuh secara liar di kawasan yang kering, mempunyai banyak cahaya dan di kawasan berpasir.  di Malaysia, tumbuhan ini biasanya ditanam di kawasan halaman rumah.
Bahagian Yang Digunakan

  •     Daun


Amalan Tradisi Perawatan

Aloe vera digunakan secara tradisi dalam perawatan penyakit sembelit, endema, ekszema, pertusis, terkena bahan panas/ api, kesakitan atau kepedihan, kebengkakan, luka, dyspepsia (ketidakhadaman makanan), batuk, asma, penyakit saraf, leukemia (sejenis penyakit yang disebabkan oleh berlebihnya sel putih dalam darah), kanser paru-paru,  buasir dan sakit perut. Ianya juga digunakan sebagai antibiotik, antiseptik (bahan pembasmi kuman), ejen katartis (melegakan emosi) dan  purgatif (ubat pencuci perut yang kuat)

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo