• selamat dtg
  • tutup
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Akar Saga

saga







Nama saintifik
:Abrus precatoriusNama biasa:Rosary Pea, Jequerity, Crab's Eye, Precatory Bean, Gunja,RattiNama tempatan:Akar sagaFamili:Leguminosae

Pendahuluan:

Merupakan tumbuhan yang boleh tumbuh dengan agak lama dan kebiasaannya melilit pada pokok serta tergolong dalam tumbuhan renek. Tumbuhan dari keluarga kekacang, susunan daunnya secara berpelepah dan mempunyai hujung anak daun. Ia juga dikenali sebagai Gunja dalam bahasa sanskrit atau dalam lain-lain bahasa India. Dikenali sebagai Ratti dalam bahasa Hindi. Tumbuhan ini mudah dikenali disebabkan oleh rupa bentuk bijinya dan biasanya digunakan sebagai manik. Bijinya sangat beracun disebabkan oleh kehadiran abrin. Tumbuhan ini banyak ditemui di Indonesia dan mudah tersebar khususnya di kawasan yang terdapat pokok ini dan kadang-kadang dianggap sebagai rumpai . Kulit bijinya berpintal apabila terbuka dan bijinya terdedah. Bijinya agak leper dan pendek berukuran 1.5 - 2.0 cm panjang dan mempunyai warna yang menarik.


Ciri - Ciri Tumbuhan

Merupakan pepanjat berkayu dengan bentuk dahan yang nipis. Bunganya berbentuk seperti kacang pea, warna putih hingga kemerahan dan bersaiz kecil.


Tabiat Tumbuhan

Merupakan tumbuhan memanjat dan boleh hidup dalam tempoh yang lama.
Bahagian Yang Digunakan

  •     Biji , daun dan akar


Amalan Tradisi Perawatan

Bijinya yang diproses digunakan dalam rawatan aprodisiak, anti kuman, diuretik, ubat kahak, pencuci perut, penyejuk badan dan berkeupayaan untuk menenangkan fikiran. Bahagian akar digunakan untuk merawat gonorea (penyakit kelamin), penyakit kuning. Minyak ekstrak dari biji benih digunakan dalam rawatan rambut. Bijinya juga digunakan untuk mencegah kahamilan, rawatan kencing manis dan radang buah pinggang yang kronik (neftiris)

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo