• selamat dtg
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Kacip Fatimah

Nama saintifik : Labisia pumila Benth
Nama biasa : Selusuh Fatimah
Nama tempatan : Kacip fatimah, Kacip siti fatimah
Famili : Myrsinaceae

Pendahuluan:
Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin. .Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual. Kacip Fatimah kaya dengan phytoestrogen dan isoflavones yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai "Selusuh Fatimah" (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan "Kacip Fatimah" (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi benzoquinone dan resorcinol.

Ciri - Ciri Tumbuhan
Kacip fatimah merupakan sejenis herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang keluar sedikit lurus dan berwarna hijau tua , manakala di tempat teduh tepi daunnya berwarna hijau muda. Tangkai daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper. Batangnya tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari parut lama.

Tabiat Tumbuhan
Sejenis tumbuhan yang hidup subur di tempat teduh. Pancaran cahaya matahari di kawasan terbuka atau separa teduh boleh mendatangkan bahaya semasa penubuhan dan pertumbuhannya. Ia adalah sejenis herba yang agak lambat membesar. Pada kebiasannya, ia boleh dibiakkan secara biji benih di tapak semaian di bawah kelembapan yang tinggi dan mempunyai teduh.

Bahagian Yang Digunakan
Keseluruhan pokok

Amalan Tradisi Perawatan
Bahan tampalan yang disediakan dengan mencampur daun Kacip fatimah dan minyak kelapa disapukan pada perut bayi untuk melegakan sakit perut. Kacip Fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin. Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman. Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea. Tumbuhan ini juga boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran phyto estrogen (estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo