• selamat dtg
  • raya
  • pep
  • komited
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica

KENYATAAN MEDIA - MB INC SAHKAN WUJUD AKTIVITI PENEROKAAN HARAM DI BUKIT KLEDANG

bk1  bk2

KENYATAAN MEDIA - MB INC SAHKAN WUJUD AKTIVITI PENEROKAAN HARAM DI BUKIT KLEDANG

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dengan ini mengesahkan penerokaan tanah berhampiran Bukit Kledang seperti yang dilaporkan pihak media semalam adalah aktiviti penerokaan haram bagi tujuan perladangan kelapa sawit.

Tinjauan di kawasan terjejas hari ini mengesahkan pencerobohan oleh peneroka haram berhampiran Bukit Kledang berkeluasan hampir 10 hektar itu turut melibatkan sebahagian dari tanah milik MB Inc.

Siasatan mendapati peneroka-peneroka haram ini telah menamam anak-anak pokok kelapa sawit di lereng-lereng tanah bukit yang telah diteroka secara haram.

Selain pihak MB Inc, turut hadir semasa tinjauan di lokasi hari ini adalah Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak Dato' Mohamed Zin Yusop, para pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah Manjoi dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Siasatan awal mendapati selain tanah MB Inc, kawasan yang terjejas adalah tanah milik kerajaan negeri. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri juga telah mengesahkan tanah MB Inc dan tanah milik kerajaan negeri yang terjejas tidak terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong. Malah kawasan ini juga tidak pernah digazetkan sebagai kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong.

Susulan siasatan hari ini PTG telah mengarahkan semua kerja-kerja tanah di tapak berkenaan dihentikan serta-merta dan siasatan telah dimulakan bagi mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak PTG juga telah mengarahkan pihak-pihak terlibat untuk mambaik pulih kawasan yang terdedah tersebut.

Kali terakhir pihak MB Inc meninjau kawasan Bukit Kledang ialah pada 19 Januari lalu dan ketika itu mendapati tiada sebarang aktiviti penerokaan haram berlaku di kawasan ini.

Untuk makluman, MB Inc merancang membangunkan projek hartanah bercampur di kawasan berkenaan bertujuan menawarkan 
penempatan untuk rakyat selain mengelakkan tanah milik agensi kerajaan daripada diusahakan oleh peneroka haram.

MB Inc amat kesal dengan aktiviti penerokaan haram ini yang seolah-olah mahu mencabar pihak berkuasa kerana aktiviti pencerobohan ini dikesan dalam tempoh sepuluh hari selepas YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Setinggan dan Usaha Haram Negeri bagi mengambil tindakan ke atas aktiviti pencerobohan tanah milik kerajaan dan syarikat-syarikat berkanun negeri (GLC negeri).

Sekian, terima kasih.

Anuar Zainal Abidin
Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc
7 Febuari 2019

Gambar adalah hakmilik Sahabat Alam dan Farhan Najib

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata doeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmscsprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo