Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa 2016
Adalah dimaklumkan bahawa pada 18 Ogos 2016 bertempat di Pusat Eko Pelajaran, Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang akan berlangsung satu Majlis Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa 2016.
Sejarah sambutan ini bermula sewaktu Persidangan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) Ke-38 pada 6 November 2015 di Paris telah mengistiharkan 26 Julai sebagai Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa, Pengisytiharan sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara serta memulihara ekosistem hutan paya laut termasuk kawasan persisiran pantai bagi memastikan kelangsungan peranan serta sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat sejagat.
Justeru itu, Sambutan ini merupakan yang pertama diadakan di Malaysia dan Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Taiping telah dipilih sebagai lokasi sambutan kerana Pusat ini merupakan salah satu kawasan pelancongan yang dikenali seluruh dunia.