• selamat dtg
  • tuaku
  • mutf
  • nohiking
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

FOREST RUN @ KLEDANG SAIONG WILDERNESS PARK PADA 6 JANUARI 2011 SEMPENA MAJLIS PELANCARAN CpBioD City @ MERU RAYA DI KLEDANG SAIONG WILDERNESS PARK ANJURAN UNIT HUTAN LIPUR, JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK

Pada 6 Januari 2011, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan acara Forest Run yang telah berjaya dilaksanakan di Kledang Saiong Wilderness Park sempena Majlis Pelancaran CpBioD City @ Meru Raya. Acara ini telah dianjurkan oleh Unit Hutan Lipur, Jabatan Perhutanan Negeri Perak.Bilangan peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara larian ini adalah seramai 180 orang yang terdiri daripada warga Jabatan Perhutanan Negeri Perak sendiri. Tujuan utama acara larian ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Taman Rimba Kledang Saiong (Kledang Saiong Wilderness Park) kepada umum dan juga warga Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Peluang berharga yang jarang-jarang berlaku ini telah diambil dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dan boleh dilihat dari komitmen dan kerjasama peserta sepanjang acara larian ini berlangsung.

Acara telah dimulakan dengan perlepasan peserta oleh YBhg. Dato’ Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa, Pengarah Perhutanan Negeri Perak dan diakhiri di tapak Majlis Pelancaran CpBioD City @ Meru Raya. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo