• selamat dtg
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • merdeka

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1432H JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK 20 SEPTEMBER 2011

Ipoh - 20 September 2011, Persatuan Kebajikan Sukan Jabatan Perhutanan (PERKSPER) telah menganjurkan jamuan hari raya bertempat di Pejabat Perhutanan Negeri Perak. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan semasa majlis tersebut antaranya ialah YBhg. Dato’ Razani bin Ujang (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia), YBhg. Dato’ Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa (Pengarah Perhutanan Negeri Perak), YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim (Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Dasar dan Perancangan) dan YBhg. Dato’ Razali bin Othman (Timbalan Setiausaha Kerajaan) dan warga Jabatan Perhutanan.

Majlis bermula pada jam 5 petang, dimana diadakan pertandingan karaoke lagu hari raya sehingga jam 7 petang. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pertandingan gerai tercantik. Sebanyak 6 gerai telah menyertai pertandingan tersebut dan telah dimenangi oleh gerai daripada Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung. Majlis turut diserikan lagi dengan nyanyian daripada penyanyi jemputan. Selain itu, terdapat juga pertandingan pakaian tercantik dan cabutan nombor bertuah. Majlis telah berakhir pada jam 11 malam. Semoga dengan adanya jamuan hari raya ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga jabatan perhutanan.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo