• selamat dtg
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • merdeka

ANUGERAH PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PERAK

Ipoh - 20 September 2011, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2010 Pesara Jabatan Perhutanan Bagi Tahun 2011 yang telah diadakan di Pejabat Perhutanan Negeri. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pesara ini diadakan bagi mengingati dan menghargai sumbangan kakitangan terhadap Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Seramai Lima Puluh Tujuh (57) orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan seramai tujuh belas (17) orang Pesara Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Penyampaian anugerah tersebut telah di sempurnakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu YBhg. Dato’ Razani bin Ujang. Selain itu juga, terdapat Anugerah Pengarah Perhutanan Negeri Perak yang baru di perkenalkan pada tahun lepas. Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Perhutanan Negeri Perak iaitu, YBhg. Dato’ Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa. Antara tetamu jemputan yang turut hadir semasa majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim (Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Dasar dan Perancangan) dan YBhg. Dato’ Razali bin Othman (Timbalan Setiausaha Kerajaan).

Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Koir Bayu Rimba oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Semoga dengan adanya APC dan Anugerah Pengarah ini dapat meningkatkan lagi prestasi kakitangan Jabatan Perhutanan di masa akan datang.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo