• selamat dtg
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • 1akses

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum w.t.b

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana tanpa kita sedari masa begitu cepat berputar dan kini kita telah melangkah ke tahun baru 2017. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang telah memberi komitmen dan kerjasama sepanjang tahun 2016 dan besar harapan saya agar tahun 2017 akan membawa sinar kejayaan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Semoga permulaan tahun baru ini disulami dengan tekad dan iltizam yang jitu untuk memantapkan organisasi.


Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya laman web Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah berjaya dikemaskini dengan menyediakan maklumat – maklumat dan perkembangan semasa jabatan.


Dalam usaha untuk merealisasikan wawasan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) iaitu ”untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan”, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah memperolehi Sijil Pengurusan Hutan mengikut Standard MC&I (Hutan Asli) untuk tempoh 1 Jun 2016 - 31 Mei 2019 yang antara lain memperakui bahawa kawasan hutan di Negeri Perak Darul Ridzuan telah diurus secara berkekalan dengan mematuhi kehendak Kriteria dan Petunjuk bagi Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Malaysia, MC&I (Hutan Asli). Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai lebih kurang 997,504 juta hektar atau kira-kira 50% daripada keluasan negeri ini masih berhutan. Dalam hal ini, Jabatan Perhutanan Negeri Perak diberi peranan dan tanggungjawab bukan sekadar dari aspek pembangunan dan pengurusan hutan malahan jabatan ini juga berperanan dalam pemeliharaan dan pemantauan kawasan-kawasan hutan bagi menjamin supaya ianya akan terus berfungsi untuk mengekalkan kestabilan alam sekitar.

Pelbagai iktibar daripada segala pengalaman yang telah dilalui boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk membantu jabatan dalam menyusun perancangan terbaik untuk terus bergerak ke hadapan bagi mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada tahun ini. Antara kejayaan yang telah kita capai pada tahun 2016 ialah :

a)   Anugerah Sijil MS ISO 9001 : 2008 bagi tempoh 10 September 2016 - 14 September 2018 bagi Pengurusan Kayu Secara
      Berkekalan;

b)  Sijil Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak Darul Ridzuan
     dibawah Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) bagi tempoh 1 Jun 2016-31 Mei 2019;

c)   Mensasarkan kutipan hasil cukai batu batan untuk tahun 2016 mencapai sekurang-kurangnya RM3 juta setahun;

d)  Kutipan sekurang-kurangnya 50,000 biji benih oleh pasukan perolehan biji benih;dan

e) 
Sijil Program 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1MBEON).


Bagi tahun 2017, jabatan mensasarkan untuk menerima 5 penarafan serta pensijilan iaitu:

a)   Pengekalan Pengiktirafan piawaian Sijil Pengurusan Hutan, MC&I (Hutan Asli) di bawah Malaysian Timber Certification
      Scheme (MTCS);

b)   Mengekalkan penarafan laman web sekurang-kurangnya 4 bintang;

c)   Memperolehi penarafan 5 bintang bagi Anugerah Akauntibiliti Indeks daripada Jabatan Audit Negara;

d)   Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi Negeri Perak; dan

e)   Memperolehi pensijilan EMS ISO 14001:2004.

Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua warga Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang telah memberikan sumbangan dan komitmen berterusan dalam usaha menuju kecemerlangan perkhidmatan demi mencapai wawasan jabatan menjadi agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPSM, semua Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak.


Sekian Terima Kasih.

Wabillahi Taufiq Walhidayah. Wassalamualaikum Wabarakatuh.


(DATO' HAJI ROSLAN BIN ARIFFIN)
Pengarah Perhutanan Negeri Perak

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo