Logo JPSM
Huraian Logo JPSM
Selaras dengan usaha untuk merealisasikan wawasan dan misi yang telah ditetapkan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memperkenalkan logo bagi menampilkan imej dan identiti tersendiri JPSM. Logo tersebut telah dilancarkan pada 19 November 1999 bersempena dengan Sambutan Hari Q dan Malam Muhibah JPSM.
Logo Jabatan yang diperkenalkan adalah mempunyai rekabentuk susunan pokok bersilara tiga (3) yang dipersembahkan secara artistic. Rekabentuk logo yang mempunyai bentuk pola yang mengabungkan nilai estatik moden dan pasca moden adalah memaparkan pengurusan hutan yang terurus serta berkekalan.
Konfigurasi yang menaik dalam logo ini memaparkan pengeluaran sumber hutan yang bertambah dan ini seterusnya mengukuhkan lagi keberkesanan JPSM dalam usaha untuk melaksanakan system pengurusan dan pemeliharaan hutan yang efektif bagi memanfaatkan seluruh masyarakat dan negara dari segi ekonomi dan ekologi.
Gambar Logo JPSM