• selamat dtg
  • jkkp
  • komited
  • MC&I
  • 4

Sesi Temuduga Secara Maya Bagi Pengambilan Pelatih Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2021 & Sijil Renjer Hutan 2021

Sesi Temuduga Secara Maya Bagi Pengambilan Pelatih Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2021 & Sijil Renjer Hutan 2021


Satu sesi temuduga bagi pengambilan Pelatih Kusus Sijil Pengawas Hutan yang berpusat di Jabatan Perhutanan Negeri Perak secara atas talian akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Disember 2020
Masa : -seperti dalam Surat Panggilan Temuduga
Tempat : Jabatan Perhutanan Negeri Perak
   
Panel Saluran 4 : Puan Sharifah Amira (BLP JPSM)
  Tn. Haji Ramli Bin Mat (Timbalan Pengarah (Operasi)
   
Panel Saluran 5 : Puan Veronica (BLP JPSM)
  En. Amsari Bin Mahmud (Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan Hutan)


Satu sesi temuduga bagi pengambilan Pelatih Kusus Sijil Renjer Hutan yang berpusat di Jabatan Perhutanan Negeri Perak secara atas talian akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 Disember 2020
Masa : -seperti dalam Surat Panggilan Temuduga
Tempat : Jabatan Perhutanan Negeri Perak
   
Panel Saluran : -akan dimaklumkan kemudian
   
   

PENDAFTARAN PERMOHONAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN (MGP) NEGERI PERA

on .

SYARAT PENDAFTARAN PERMOHONAN

MALIM GUNUNG PERHUTANAN (MGP) NEGERI PERAK

 Semua pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak adalah dialu-alukan untuk mendaftar melalui borang pendaftaran Malim Gunung Perhutanan (MGP) Negeri Perak dan mengemukakan permohonan sebelum atau pada 18 November 2020 (Rabu) sebelum atau pada jam 5.00 petang kepada : 

Seksyen Hutan Lipur dan Eko Pelancongan,
Jabatan Perhutanan Negeri Perak,
Persiaran Meru Utama,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

             Atau, boleh mengemukakan dokumen lengkap kepada emel :

 seksyenhutanlipur[at]gmail[dot]com

 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, tuan / puan boleh berhubung dengan Seksyen Hutan Lipur dan Eko Pelancongan di talian 05-5288100 sambungan 7122  / 122 / 124.

Syarat-syarat bagi permohonan MGP Negeri Perak adalah sepertimana dilampirkan.

Pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan, akan ditawarkan untuk mengikuti kursus MGP Negeri Perak yang dianjurkan oleh Jabatan ini.

MGP yang berjaya menamatkan kursus akan ditauliahkan dengan diberi sijil, transkrip dan kad pengenalan sebagai Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak mengikut tempoh masa berkuatkuasa dan akan dipantau secara berterusan oleh pihak IPJPSM dan JPNPK bagi mengelakkan pelanggaran peraturan, dan penyalahgunaan kuasa yang diberikan. 

Muat Turun Borang & Syarat Di Sini :

Borang

Syarat Permohonan

Program CEPA Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak Dengan Kerjasama Pejabat FELDA Lawin Selatan

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak akan mengadakan Program Communication, Education, Participation & Awareness (CEPA) Peringkat Pejabat Hutan Daerah dengan kerjasama Pejabat FELDA Lawin Selatan seperti ketetapan berikut :


Tarikh    : 15 Oktober 2020 (Khamis)
Masa     : 9.00 pagi
Tempat  : Lawin

Malaysia Day Ride 2020

Adalah dimaklumkan pada 16 September 2020 (Rabu) telah diadakan Malaysia Day Ride 2020 bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia. Program ini adalah anjuran Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan bersama-sama Biro Sukan dan Rekreasi Persatuan Sukan & Kebajikan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Pelepasan bagi program ini adakan diadakan di Stadium Mini Tun Ahmad Sarji, Tapah.

ride

Majlis APC 2019, Pesara 2020 & Penyerahan Sijil Perhutanan

Adalah dimaklumkan bahawa pada 24 Ogos 2020 bertempat di Dewan Rimbawan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan diadakan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang 2019, Meraikan Pesara 2020 dan Penyampaian Sijil Perhutanan Renjer 2018-2020 dan Pengawas Hutan 2019-2020.

Semua penerima adalah dijemput hadir dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN iaitu memakai pelitup separuh muka, menjaga penjarakkan fizikal serta kerap mencuci tangan.

apc

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata doeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNREmysmsintegriti
 
Perakirimmscsprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo

.
  |
Jumlah Pelawat :: 931502
|
Kemaskini Terakhir: Jumaat 16 April 2021, 17:08:49.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh Perak.
Tel. No 05-5288100, 05-5288071, 05-5288072, 05-5288073, 05-5288075 | Fax No : 05-5288101
| Email : webjpnperak[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan dengan resolusi 1024 x 768