• selamat dtg
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • 1akses

Program Penanaman Pokok

Program penanaman pokok merupakan satu manifestasi bersama kita semua dalam usaha memelihara lanskap warisan Negara di samping mengekalkan keharmonian alam untuk generasi akan datang. Sehingga 30 April 2013, Negeri Perak berjaya menanam sebanyak kira-kira 10.9 juta batang pokok di bawah "Kempen Menanam 26 Juta Pokok : Satu Warga Satu Pokok" yang telah dilancarkan sempena Hari Bumi pada 22 April 2010. Jabatan Perhutanan Negeri Perak terlibat secara aktif dan telah berjaya menanam 1.5 juta pokok dalam Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara sejak tahun 2005 lagi. Usaha murni ini akan turut sama membantu usaha Kerajaan Negeri Perak untuk menanam lebih banyak pokok dalam usaha melahirkan persekitaran yang semulajadi bersih dan sihat.

Pada 9 Mei 2013, Kerajaan Negeri Perak telah mewartakan kawasan tanah kerajaan mukim Hulu Perak dengan keluasan 18,866 hektar sebagai Hutan Simpan Kekal dengan nama Hutan Simpan Amanjaya . Pewartaan ini bukan sahaja untuk mempamerkan sokongan dan komitmen daripada Kerajaan Negeri Perak dalam melaksanakan projek Central Forest Spine (CFS ) tetapi juga untuk menyokong inisiatif nasional pemuliharaan jangka panjang seperti Rancangan Tindakan Harimau Kebangsaan, Rancangan Fizikal Negara dan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan . Projek asalnya dimulakan oleh Sumber Asli dan Alam Sekitar .

Amanjaya Tree Planting Program : Future Carbon Stocking And Cleaner Environment In A Biodiversed Forest telah dianjurkan untuk menwar-warkan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memelihara, memulihkan dan meningkatkan persekitaran dan ekosistem Hutan Simpan Amanjaya yang juga terletak di dalam kawasan projek Central Forest Spine (CFS ). Malah usaha ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kepentingan peranan Hutan Simpan Amanjaya sebagai takungan karbon yang besar dalam memastikan keseimbangan kitaran karbon di negara ini. Selain itu, program ini sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan pelabur luar bagi menyokong program menanam semula hutan dan meningkatkan kandungan karbon di Hutan Simpan Amanjaya.

Program ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak , Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan menanam pokok chengal bagi pokok ke sejuta dalam ' Kempen Penanaman Sejuta Pokok’ Negeri Perak bagi tahun 2013 . Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim juga turut sama menanam pokok dalam program ini diikuti oleh YAB Menteri Besar Perak dan isteri , dif-dif kehormat , pelajar-pelajar sekolah dan para jemputan lain . Terdapat sejumlah 502 pokok dengan pelbagai jenis spesis telah ditanam pada majlis itu . Selain daripada menandakan kejayaan Jabatan Perhutanan Perak dalam melaksanakan "Kempen Penanaman Sejuta Pokok" Negeri Perak, penanaman pokok ini juga merupakan permulaan bagi "Kempen Penanaman 2 Juta Pokok" yang merupakan fasa kedua dari kempen sebelumnya .

Berikut adalah Kumulatif Kempen Tanaman Pokok Bagi Jabatan Perhutanan Negeri Perak Bagi Tahun 2013 sehingga terkini.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo