• selamat dtg
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • 1akses

Pembangunan Hutan

Bagi tahun 2016, sebanyak RM 14,200,000.00 telah diluluskan untuk membiayai Projek-Projek Pembangunan Hutan iaitu RM 8,000,000.00 adalah bagi Peruntukan Pembangunan Negeri (P07) dan RM 6,200,000.00 bagi Peruntukan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH).

1.0 Program Pengurusan Sumber Hutan

Program Pengurusan Sumber Hutan dilaksanakan untuk memperkukuhkan kedudukan dan mendapatkan maklumat terkini sesebuah Hutan Simpanan Kekal supaya Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dapat dilaksanakan di bawah Program Pengurusan Sumber Hutan.

1.1  Sempadan Hutan Simpanan Kekal (HSK)

Projek Mencuci dan Menanda Sempadan Luar HSK dilaksanakan untuk mengelakkan dari sebarang pencerobohan dan juga bagi memudahkan kawalan ke atas kerja-kerja pengusahasilan hutan. Projek ini juga dijalankan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar sempadan HSK supaya ianya dapat diurus secara berkekalan.

Untuk kerja-kerja mengukur dan menanda sempadan baru, sejauh ± 736.14km masih dalam proses pengukuran.

1.2  Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F)

Projek Inventori Hutan Sebelum Tebangan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai sesuatu dirian hutan untuk merancan, mengurus dan mengusahasilkan sumber hutan secara teratur, sempurna dan berkesan di samping untuk merancang pembangunan jangka panjang hutan tersebut supaya faedah yang maksimum dapat diperolehi secara berkekalan. Bagi tahun 2016 sehingga bulan Ogos seluas ± 2,497.0ha (KWPH) dan ± 7,380.0ha (P07) telah berjaya dijalankan Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F).

2.0 Program Pembangunan Hutan Asli

Program Pembangunan Hutan Asli ini dilaksanakan untuk memulih dan meningkatkan produktiviti kawasan Hutan Simpanan Kekal supaya pengeluaran kayu-kayan dan lain-lain keluaran hutan dapat dipertingkatkan dan terjamin pada masa akan datang.

2.1 Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F)

Projek Inventori Hutan Selepas Tebangan dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai dirian kawasan hutan Simpanan Kekal yang telah diusahasil bagi merancang dan menentukan jenis rawatan yang sesuai. Bagi tahun 2016 sehingga bulan Ogos seluas ± 7,146.0ha telah berjaya dijalankan.

2.2 Memotong Akar / Pepanjat ( CL )

Projek Memotong Akar Pepanjat adalah mengelang pokok yang bersifat buruk atau cacat serta melindungi anak pokok pilihan (RS) dan memotong akar/pepanjat. Rawatan yang dijalankan untuk membuka silara kepada pokok pilihan secara beransur-ansur supaya pokok tersebut dapat membesar dengan cepat, mengurangkan saingan dengan pokok yang tidak berpasaran dan membaiki status ekonomi dirian dengan pemilihan jenis pokok yang bermutu. Bagi tahun 2016 sehingga bulan Ogos seluas ± 783.0ha telah berjaya dijalankan.

3.0 Pembangunan Ladang Hutan

Ladang Hutan yang sedia ada di Negeri Perak adalah seluas ± 4,818 hektar yang mana sebahagian besarnya terletak di Hutan Simpan Chikus. Pada tahun 2011 seluas ± 30 hektar telah dibangunkan dengan tanaman pokok Getah dan Karas.

4.0 Tanam Mengaya

Projek Tanaman Mengaya dijalankan untuk membantu memulihkan isi kandungan hutan supaya mencapai ke tahap yang dikehendaki terutama dari segi komposisi jenis berpasaran dan bermutu tinggi. Projek Tanaman Mengaya dijalankan berdarkan kepada keputusan Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F). Yang menunjukkan sesuatu dirian tidak mencukupi isi kandungan dan taburan tumbuhan terpilih. Bagi tahun 2016 sehingga bulan Ogos seluas ± 90.0ha telah dijalankan Tanaman Mengaya.

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo