• selamat dtg
  • krismas
  • komited
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak

Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi HCVFs


Pengenalan

Kawasan hutan bernilai pemeliharaan tinggi (HCVF) yang telah diperkenalkan oleh FSC dalam tahun 1999 merupakan salah satu daripada keperluan Persijilan Pengurusan Hutan (Hutan Asli). Konsep tersebut telah dibangunkan untuk membekalkan satu kerangka bagi mengenalpasti kawasan-kawasan hutan yang mempunyai ciri-ciri menarik dan unik serta bernilai tinggi bagi kepelbagaian biologi meliputi komposisi tumbuhan-tumbuhan flora. Terdapat beberapa definisi yang dikenalpasti oleh FSC seperti di Jadual 1.

Jadual 1 : Jenis-jenis Kategori HCVF

Jenis HCVF

Keterangan HCVF

HCVF 1

Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi yang signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional;

HCVF 2

Kawasan-kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai kepelbagaian biologi pada signifikan pada peringkat global, serantau dan nasional atau hutan pada skal landskap yang besar yang terkandung didalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, dimana populasi yang viable daripada kebanyakan jika tidak kesemua spesies yang hidup secara semulajdi didapati wujud dalam pola taburan dan kehidupan asalnya;

HCVF 3

Kawasan-kawasan hutan yang berada didalam atau mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau keadaan bahaya;

HCVF 4

Kawasan-kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan asas alam semulajadi dalam keadaan kritikal (Misalnya: Perllindungan tadahan air, kawalan banjir);

HCVF 5

Kawasan-kawasan hutan yang penting dalam membekalkan keperluan asas komuniti tempatan (Misalnya sara hidup, kesihatan); dan

HCVF6               

 

Kawasan-kawasan hutan yang bersifat kritikal kepada identiti budaya tradisi komuniti tempatan (kawasan-kawasan bagi kepentingan-kepentingan Budaya, Ekologi, Ekonomi, atau Keagamaan yang dikenalpasti dengan kerjasama komuniti-komuniti tempatan).


Kawasan hutan HCVF merupakan sebahagian kecil daripada seluruh kawasan hutan, misalnya zon penampan yang melindungi anak sungai yang membekalkan air minuman kepada komuniti tempatan atau satu kawasan Eko-sistem nadir kecil. Objektif pengurusan kawasan hutan HCVF adalah bagi menyelenggaran atau meningkatkan lagi nilai kawasan-kawasan hutan tersebut dengan mengadakan program pemantauan bagi menentukan objektif pengurusan tercapai.

Pemeliharaan Dan Pemantauan

Pemeliharaan dan pemantauan kawasan HCVF yang ketat dan berterusan merupakan komponen penting bagi menentukan kawasan ini dilindungi sepenuhnya daripada sebarang aktiviti pencerobohan atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjejaskan fungsi kawasan-kawasan ini ditubuhkan. Langkah-langkah yang telah diambil setakat ini ialah dengan menanda kawasan-kawasan ini atas pelan serta sempadan bagi kawasan-kawasan berikut:

  1. Taburan Pokok Balau Putih ( i ) - Shorea lumutensis
  2. Taburan Pokok Balau Putih (ii) - Shorea lumutensis
  3. Taburan Pokok Keruing Paya  - Dipterocarpus coriaceus
  4. Taburan Pokok Berus Mata Buaya - Bruguiera hainesii
  5. Taburan Pokok Resak Abdulrahman - Vatica abdulrahmaniana
  6. Taburan Pokok Gerutu Daun Besar – Parashorea globosa
  7. Taburan Daun Sang - Johannesteijmannia perakensis
  8. Taburan Bunga Pakma (i) - Rafflesia hassaltii
  9. Taburan Bunga Pakma (ii) – Rafflesia cantleyi
  10. Taburan Bunga Pakma Tikus (ii) – Rhizanthes lowii
  11. Kawasan Sira (Jenut) Tesau
  12. Kawasan Perkuburan Pra-Sejarah
Kerja-kerja bancian untuk memperolehi maklumat-maklumat mengenai status dirian dan taburan akan dijalankan secara berkala yang meliputi kerja-kerja Mencuci dan Menanda sempadan dua (2) tahun sekali di kawasan tersebut dan Pemantauan kawasan iaitu kekerapan dua (2) kali tiap tahun iaitu bagi kawasa-kawasan yang sesuai mengikut fungsi penubuhannya.

Sehingga tahun 2016, Negeri Perak telah menubuhkan sebanyak 11 petak HCVFs

BALAU PUTIH
(Shorea lumutensis)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 39, 40 & 41 – H.S. Segari Melintang, Kinta Manjung

2

Keluasan (ha)

50.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2007

4

Daerah

Kinta / Manjung

 

1

Kawasan

Kompt. 2 & 5 – H.S. Sungai Pinang, Kinta Manjung

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2007

4

Daerah

Kinta / Manjung

Daun sang
(Johannesteijsmannia perakensis)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 202 & 203 – H.S. Kledang Saiong, Kuala Kangsar

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2007

4

Daerah

Kuala Kangsar

Sira jenut

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt.  142 – H.S Temenggor

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2007

4

Daerah

Hulu Perak


Bunga Pakma
(Rafflesia hassaltii)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt.  142 – H.S Temenggor

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2007

4

Daerah

Hulu Perak


Bunga Pakma
(Rafflesia cantleyi)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 28 & 29 - H.S Gerik

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2016

4

Daerah

Hulu Perak


Bunga Pakma
(Rafflesia lowii)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 28 & 29 - H.S Gerik

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2016

4

Daerah

Hulu Perak


Tapak Perkuburan Pra-Sejarah

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 11 - H.S Pulau Kelumpang

2

Keluasan (ha)

5.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2007

4

Daerah

Larut & Matang


Berus mata buaya
(Bruguiera hainesii)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 18A - H.S Pulau Kecil

2

Keluasan (ha)

5.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2015

4

Daerah

Larut & Matang


Keruing paya
(Dipterocarpus coriaceus)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 51 & 52 - H.S Chikus, Perak Selatan

2

Keluasan (ha)

4.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2015

4

Daerah

Perak Selatan


Resak Abdulrahman
(Vatica abdulrahmaniana)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 127 - H.S Kledang Saiong, Kinta Manjung

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2016

4

Daerah

Kinta / Manjung


Gerutu Pasir Daun Besar
(Parashorea globosa)

BIL

PERKARA

CATATAN

1

Kawasan

Kompt. 47 - H.S Kledang Saiong, Kinta Manjung

2

Keluasan (ha)

10.0 ha

3

Tahun Penubuhan

2016

4

Daerah

Kinta / Manjung

petahcvf2017 

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo