• selamat dtg
  • ems
  • isoCERTnew
  • MC&I
  • vatica
  • visit perak
  • 1akses

Hasil Bukan Kayu & Latihan

Fungsi Unit Hasil Bukan Kayu
  •  Merancang, melaksanakan dan mengawal kerja-kerja penubuhan kawasan tanaman, rawatan serta penyelengaraan tanaman herba seperti pokok Tongkat Ali dan Kacip Fatimah di kawasan Hutan Simpan Kekal dan kawasan lain yang bersesuaian.
  •  Berperanan dalam memproses permohonan dan lesen yang berkaitan pengusahasilan berasaskan produk bukan kayu seperti buluh, rotan dan bahan batu.
  •  Merancang, melaksanakan dan mengawal kerja-kerja penubuhan kawasan tanaman, rawatan serta penyelengaraan tanaman pokok Buluh dan Rotan di Kawasan Hutan Simpan Kekal dan kawasan lain yang bersesuaian.
  •  Membantu penyelengaraan Laman Herba Rimba, laman Herba Desa, Laman Aromatik, Dewan Interprestasi dan Denai Interprestasi di Tanaman Herba Papan.
  •  Menjalankan kerja-kerja pemantauan Projek Tanaman Herba Sekolah Angkat, Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Objektif Unit

Projek : Tanaman dan Rawatan Hutan Tani & Herba

Objektif Program

Menggalakkan penglibatan masyarakat terutama yang tinggal di pinggiran hutan dalam aktiviti Perhutanan Tani serta mengekalkan penglibatan dan memberi keutamaan kepada mereka mengusahasil pokok-pokok yang telah ditanam.

Menggalakkan integrasi tanaman spesis hutan (seperti Meranti, Karas, Rotan, Buluh dan tumbuhan Ubatan dengan tanaman makanan pada skala besar bagi memaksimumkan penggunaan tanah dan pulangan di atas sebidang tanah).

Bagi meningkatkan produktiviti keluaran pertanian dalam jangka masa pendek serta kayu dan bukan kayu (Perhutanan) dalam jangka masa panjang.

Projek : Tanaman dan Rawatan Rotan

Objektif Program

Untuk menjamin bekalan Rotan yang berterusan bagi mematuhi keperluan industri tempatan terutama dalam bidang pembuatan perabot serta kraftangan.

Menambah isi kandungan hutan supaya nilai ekonomi kawasan hutan tersebut akan dipertingkatkan.

Projek : Tanaman dan Rawatan Buluh

Objektif Program

Menjamin bekalan buluh yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi keperluan industri tempatan terutama dalam pembuatan perabut dan kraftangan.

Menjamin bekalan rebung yang berkualiti dan berterusan bagi pasaran tempatan samaada dalam bentuk mentah ataupun yang telah diproses.

Menambah isi kandungan Hutan Simpanan Kekal (HSK) supaya dapat dinilai ekonomi kawasan hutan tersebut akan dapat dipertingkatkan.

Projek : Pembangunan Taman Herba Papan (THP)

Objektif Program

Mewujudkan sebuah Taman Herba yang akan menjadi pusat rujukan dan menempatkan pelbagai koleksi tumbuhan ubatan samada yang terdapat dalam hutan asli, yang biasa digunakan oleh masyarakat, yang dikomersilkan dan tumbuhan ubatan yang lain.

Tumbuhan ubatan yang ditanam akan disusun dalam sebuah taman landskap yang menarik untuk dijelajahi. Disamping itu Taman Herba ini boleh menjadi destinasi pelancongan dan penyelidik yang menarik dan informatif.

Koleksi tumbuhan ubatan yang akan ditanam terdiri dari tumbuhan liar sediada dalam kawasan taman ini kawasan berdekatan dan yang biasa terdapat dalam Hutan Hujan Tropika (in-situ) serta tumbuhan yang di datangkan berasal dari tempat lain yang telah lama diperkenalkan di Malaysia (ex-situ).

Fungsi Unit Latihan

 

Bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang Program Latihan Tahunan, Mengkoordinasi Dan Melaksanakan Kursus-Kursus Dan Latihan Perhutanan Dalam Perkhidmatan termasuk lain- lain bidang teknikal berkaitan dengan perhutanan. Manakala Kursus Sijil Pengawas Dan Renjer Hutan adalah dipertangungjawabkan di bawah Sab Bahagain Latihan iaitu Institut Latihan Perhutanan (Fortrain)

 

Objektif

 

Mengumpul dan mengemaskini kemajuan perlaksanaan latihan untuk penyediaan laporan tahunan program latihan jabatan.

 

Caj Perkhidmatan Hutan Lipur

Senarai caj-caj penggunaan perkhidmatan di Hutan Lipur. Klik Disini

Tumbuhan Ubatan & Biodiversiti

Senarai maklumat mengenai tumbuhan perubatan dan biodeversiti. Klik Disini

Hutan Lipur & Hutan Taman Negeri

Senarai maklumat disediakan. Klik Disini

jata nredoeinstundmpmjkptgjupemjpnjmgnahrimwatermalayNRE
mycoidmyidmysms integriti
Perakiimirimmsccuti-cuti malaysiasprjpamof 29    LHDN logo  mygovmobile logo